Sejauh mana camar terbang, pasti pulang ke sarang....
Perumpamaan yang tiba-tiba terbit dari jiwa yang sedang gelodak di lambung badai. Bukan teringin berumah di tepi pantai, cuma sesekali rindu pada bayu laut, rindu pada deruan ombak. Semuanya di sana, membuat aku bahagia walaupun masih ada derita yang menyapa. Aku sendiri kurang arif, namun aku masih sedar diri..aku tak mampu menjadi pendendam. Namun bukan pula aku mendongak langit, memuliakan diri.
Sesekali terasa ingin untuk terus membiarkan hati bertapa, tapi apalah jua yang di harap padi seberang...tidak mungkin selamanya mahu melukut di tepi gantang. Biarlah....sekali air sungai melimpah, sekali pasirnya berubah.
0 comments:
Post a Comment