Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Monday, September 5, 2011

...learning by making mistake

Assalamualaikum…

Wah2…aku sangat tercabar dengan semua tu. Fuhh…tinggi jugak sabar aku. Tidak mengapa, aku masih baru dalam dunia ni. Biar aku buat salah banyak2 baru aku bleh blajar…tp tidak la pulak aku wat salah untuk nampak stupid n dumb. I’ll improve…just wait. Eleh…tak  kan kena main sikit terus nak down kan. Salah org k..aku tak kan ngaku kalah. Setiap apa yg aku buat aku akn bertangungjawab. My job. Anyway, thanks for the lesson Raj. U ikhlas or tak, that’s none of my bisnes. Nak cakap itu hal u dgn ALLAH mcm tak kena pulak ye tak. Ahaha…

Ermm…hehe..aku mmg slow. Today is worse, I’ll make tomorrow better. Itu janji aku, nekad aku, tekad aku. Tak sabar nak jadi intermediate staf. Buat kerja aku dengan penuh keyakinan dan keberanian serta diiringi kesabaran yang tinggi. Moga gaji dan kerja aku diberkati dan dirahmati.

SAYA BUDAK BARU BELAJAR WALAUPUN UMUR SAYA DAH 27 TAHUN…

Wednesday, July 6, 2011

Angan- angan aku

Assalamualaikum....


Kenangan mewarnai kehidupan aku kini. Andai mampu, ingin sahaja aku mengukir senyuman di setiap langkah yang membawa kepada kehidupan ini. Selangkah demi selangkah, akhirnya aku bakal hidup dengan satu pekerjaan yang tetap. InsyaAllah...


Terasa lemah jiwa ini bila memikirkan usia aku. Ya...aku dah semakin mencecah 3 series. Persoalan yang kini hebat menerjah jiwa aku adalah MASA HADAPAN. Aku ingin punya sebuah keluarga sendiri. Cehhhh....malu la plak nak cita lebih2....


Aku......
nak jadi seorang isteri yang solehah kepada suami yang soleh (mampu ke?)...
nak jadi ibu yang mithali kepada anak2 yang baik (pasti mampu..)...
nak jadi seorang kekasih yang setia. 


Aku nak jadi seorang wanita yang tabah dan berani hadapi setiap dugaan walaupun bersendirian. 
Aku nak jadi wanita yang punyai maruah dan harga diri yang mahal...tidak mudah diperkotak-katik...
Aku ingin jadi sehebat lautan...walau hujan lebat mencurah, sekalipun tidak pernah tawar...(ni perumpamaan jer kay..)


Ermmm....kalau la nak dibandingkan aku dengan kawan2 aku yg lain...selayaknya aku dah ada seorang anak. Tapi hakikatnya aku masih tak mampu (sb tak kawen lg la..). Biarlah masa yang menentukan semuanya. Aku cuma harap apa yang aku cita-citakan jadi kenyataan walaupun kenyataan tu tidak seindah mimpi. 


Aku sayangkan seseorang. Aku rindukan seseorang. Bila aku pk seseorang itu maka dengan otomatiknya aku mula dibayangi apa yang aku ingini. Indahnya angan2...macam makan gula2 kapas...manisssssssss sangat....mmmmuaaaahhhh.

Wednesday, May 18, 2011

BAIK KE CAM TUH??

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat petang malaysia...huhu...(what a cute starting...uhuk)


Okay today's entry is again about me (of coz lah kan??) Aku nak soal la..apa perasaan awak kalau saat awak betol2 sedih, betol2 tgh jiwa kacau (about heart), kawan2 n org sekeliling gelakkkan awk, main2kan perasaan sedih awk tu, despite that u really need their shoulder...waaaa...poor u..but penah tak awk pk yg awak penah wat kat org lain mcm tu...awk gelakkan org lain yg cepat touching...awk lupa...awk pun manusia..tak besar mana pun perasaan awk tu...awk suka org len dgr masalah awk tp awk fedap dgn masalah org lain...Okay...kat sini lah bermulanya satu proses yang dinamakan PROSES PEMBALIKAN (Teori NSSY)..u deserved that don't u?...then, why worry?


Hmmmm...salah ke kalau awk layan jer kepala org yg tgh sedih tu? Awk nak wat gurau tu, tak kesah la...tp dlm gurau tu jgn la hina dia bab2 perasaan dia...its him/her (so what?)...klu tak suka why bother? asking him/her itu ini...just to jadikan dia bahan gelak awk...its not fair la...pity them..semua tu anugerah Allah tau, klu dia tu merupakan org yg sensitif pun...n FYI, org yg sensitif ni kebanyakkan pendengar yg setia tau...get to know them closer la...they r not like what u think they r...(a special dedication : love u ruzila rahmat, tg. aZlina, siti haslinda, wan kim, Gmah, siti aja n dayah JOHARI..) tetiba lak kan...


OKAY...AWAK...THINK TWICE UNTUK APA YG SY CKP NI KAY..DAAAAAAAA

Wednesday, May 4, 2011

Things I Like...

Assalamualaikum…

Today’s entry is all about my feeling…(kalau tak suka jangan baca!!)
*
*
Begin…

Drivin In A Car…Bak kata Avril “I like u the way u r…when we’re drivin in ur car…”…okay…aku mmg suka dia masa dia tgh drive. Dia sangat2 berpersonaliti. Macam ada daya tarikan tersendiri. Ada style la… Aku suka bila dia drive laju…hahahahah..even aku akan membebel masa tu tp aku tetap suka cara dia drive….he drive me crazy la…Sangat Nampak keyakinan masa dia tgh drive. Masa nak memotong, masa nak menyelit..Masa tu ja aku nampak dia betul2 yakin dengan apa yang dia buat. Dan masa tu aku yakin sgt2 dengan dia. Aku jugak suka bila dia drive pastu dia pasang lagu2 remix disko ..high decibel la frekuensi yang menerjah telinga ni…menggegar jantung. Tak tau kenapa, I just like it. Coz it is sooo me..

Next…

Watching A Movie…Aku suka dia sebab dia suka cerita omputih…cerita combat, cerita epic..cerita seram..cerita thriller..cerita melayu yang lawak..semua tu kena dengan jiwa aku. Semua tu aku suka. Aku suka habiskan masa menonton cerita dengan lagu2 sound track yang best2. Yang rock…n dia akan donload cite2 yang best pastu sb nak tgk lagi..(tp jarang nak bg aku..huhu)

then...

aku suka bila dia bersungguh2 nak tolong kwn2 (seringnya aku dia akan lupa...). suka bila dia cakap kawan2 adalah segalanya...suka bila dia cakap "1st adalah family, 2nd adalah kawan2..."(aku baca kay...) dengan sapa dia keluarkan kenyataan tu pun aku boleh sebut. tapi malas nak kontroversi kat sini...huhu...don't really care la kot...mulut nak MENGAYAT mmg MANISSSSSSSSSS...hahahahaha..(don't deny it pls..) 

DAN....

Seringnya, bila kita jauh baru kita sedar kita semakin kehilangan...mungkinkah masa yang semakin menjarak akan mendekatkan yang jauh? mungkinkah ruang yang memisah akan merapatkan yang terpisah? 

PERGILAH TERUS....ANDAI RASA ITU TELAH MATI.

Monday, April 25, 2011

UNTUK KAMU.....

assalamualaikum...


Kupandang-pandang langit, kurenung jauh ke bintang...redup awan malam...jauhnya bintang....hmmm...



anak punai anak merbah
terbang turun buat sarang
anak sungai pun berubah
ini pula hati orang
mengapa dikenang?

Never mind..i'll go..u dont have to leave. I'll walk away slowly...u'll never realize. Kamu jangan risau. Aku tahu...aku penyebabnya hidup kamu tak aman. (^_^)..jangan risau jugak coz aku tak penah amek hati apa yg kamu wat pada aku. 

selat teduh lautan tenang
tempat labuh perahu aceh
jangan kesal jangan kenang
walau hati rasa pedih
mengapa bersedih

Bukan salah kamu kalau semua ni wat kamu terpaksa...aku tak marah n tak kesah. ini baru hidup namanya...ada suka ada duka. Cuma aku sedikit terkilan sebab kamu tak terus terang dgn aku. Kalau kamu risau apa yg keluar dari mulut org tu lebih melukakan atau memalukan kamu, aku mintak maaf banyak2...sebab aku mmg tak penah nak peduli sangat mulut org. Alah bisa tegal biasa...yang penting aku tau apa yg aku rasa. Kamu?? kamu tau apa yg kamu rasa sebenarnya?? kamu fikir la k....

p/s : Ingat!! aku tak pernah amek hati, n tak pernah nak marah kamu...cuma kamu yg TAK KENAL AKU....

Saturday, April 23, 2011

Malam, blog dan diari...

Assalamualaikum...


Kelam betol langit mlm ni. Nak hujan la kot. Sampah banyak dalam tong sampah..kena buang dah ni....hmmm... Pandang kiri...pandang kanan...semuanya tak kena. Apa ni? is there's sumtin goin on?


Terus baringan prone, mengadap En. LappY. Ahhh...asik ini je hari2...mana diari? Sunyi. dah lama tak terusik. Lagipun tinggal 2 or 3 helai jer lagi..kena beli baru dah..


Zeraaaaaaaaaaaaaap!!...aku koyak beberapa helai catatan terkini dalam diari tu. Nak buang lah kenangan tu. Senangnya.....hehehehe...lagipun tu yang awal tahun dulu punya...tulisan tak cantik..tak selera nak baca.
Nak beli diari baru pasni, lebih cantik, lebih berseri, lebih ceria lebih muka surat...banyak nak mencatat. menulis...

Senyum, manis untuk diri sendiri. Luar dan dalam. ahhh...sedikit terpesong. Mahu terjebak? Terlupa waktu menangis? Pandang luar tingkap. Masih kelam. Bila mentari nak muncul??? haiiiiiiiiiii........mengharap mentari esok...



*
*
*


nak tengok tv lah.....

Menjelang 2 pagi.....

Assalamualaikum...


Selamat pagi dunia....aku masih tegar menghadap Si LappY. Meminta-minta ilham dariNya agar dapat aku ketuk papan kekunci ini laju tanpa henti sehingga tamat sebuah ENTRY terbaru. Ya...aku sangat suka mengarang. 


Cik Rumate baru sahaja melelapkan mata dan agak terganggu dengan sinaran kalimantang di meja aku. Selimut diserkup ke muka. Hah....tidak mengapa. Dia sudah terbiasa. 






TERHENTI


CUBA MENYUSUN AYAT LAGI



Tidak sabar menanti esok. Tidak sabar untuk aku ketahui rahasia ESOK buat aku. Aku ingin semuanya dalam kawalan. Aku ingin kuat walau apa jua yang bakal mendatang. 

Friday, April 22, 2011

Keterbukaan dalam sebuah Penerimaan.

Assalamualaikum...


Aku adalah antara insan yang bergelar WANITA. Aku adalah wanita yang berpandu arah akan akal dan naluriku sendiri. Akulah insan yang diciptaNya yang berbekalkan impian murni. Sedetik aku mengatur langkah dalam laluan masa yang tidak pernah aku sedari. Laluan yang aku tempuhi diiringi tangisan sebuah sukma. Andai gembira yang aku harungi, itulah aku....namun andai duka yang menanti, aku jualah aku di sana nanti. Antara debar jantung untuk keduanya, aku sering tertipu oleh hasrat hati.


Sungguh...yang datang itu tidak bergolek, yang melayang itu tidak pipih. Aku cuba membuka satu pintu minda untuk terusan berfikir lantas belajar menerima. Terbuka bebas. Desah yang ada dulu masih setia mengiringi juga, masih bisa dicium harum bersama semilir malam. Aku biarkan ia terus menyeri tidur lenaku.


Aku terima semuanya.......dengan keterbukaan hati seluas mungkin. Semoga WASILAH KITA mampu mengikat kita di jalan yang sentiasa diterangiNya



Friday, April 15, 2011

Today...

Assalamualaikum...


Hari ni aku sedikit kecewa + sedey....aku tak nak amek hati tp masalahnya aku keep on thingkin bout it. Aku terpk kenapa mesti ada org yg layan aku mcm tuh (cehhh..pura2 punya hati yg suci murni...) Aku bukan wat salah dengan dia pun. Napa nak wat aku mcm tu? Yang ada msalahnya, aku dgn adik dia. habis dia plak yg nak lebih2 tu what de hal?? Ingat comei sgt dah ler tu...pehhh 


Astaghfirullahhal'azim.....apa aku ni...ce bawak bersabor...biarlah apa org nak wat, janji jgn balas (nada yg lebih suci murni)


Allah....kiranya benar-benar aku yang bersalah, ampunkan aku. Kiranya aku yang memula sengketa ampunkan aku...namun andainya bukan pulak salah hambaMu ini, maka lembutkanlah hati-hati mereka. Janganlah Engkau biarkan mereka membenci aku. Sesungguhnya aku terlalu lemah tanpa daya upaya dariMu. Kuatkan aku untuk semuanya Allah hurabbi........


Sebenarnya aku sedih, terasa hati, kecik hati (makin kecik ht aku..). Apa salah aku? Apa yang adik dia hasut kakak dia? Apa yg family dia fikir ttg aku? Sebelum ni dah sedaya aku usaha untuk amek hati family dia. Walaupun aku dah tak punya apa2 yg istimewa lagi, tapi aku sebolehnya tak pernah nak bermusuh dengan family dia, sama mcm aku tak pernah nak bermusuh dengan dia. tetap, walau mcm tu pun aku masih dipandang serong...apa la ada pada aku? tolong salah...tak tolong lagi salah...ikut hati aku, nak ja aku msg n ngadu pada adik dia tuh...biar dia tau sikit perangai buruk kakak dia. Geram aku.....tapi bila pk byk kali, wat dono lagi baik...bukan berkurap pun kulit aku. at least aku dah tegur kot...lantak hg la,...kalau nak bawak cerita ttg aku pun...i dont give a dem lah...PM....hahahahahahah...(kunun tak kesah...)


Cuma aku sedikit berbangga dengan diri aku kali ni. Aku lansung tak nangis. selalunya bila sakit hati tak lepas mcm ni, aku akan nangis. Jay ke???? kakakakakakkakakaka....





Tuesday, April 5, 2011

Sesenggang Masa lapang

Assalamualaikum...


Hikhik...ati aku tgh berbunga2 gedixss ni...giler miang. Hahahaha...tak baik tauuu...bukan lah mcm tu...cuma apa yg nak aku paparkan di sini adalah sesuatu yang menarik jugak la...(ye ke??)


Kenapa dgn aku ni? taman dlm hati aku ni tgh cuba2 untuk berbunga. Tapi setiap kali kembang putik tu, tanpa berlengah aku terus patahkan. Opsss..jangan nak wat andaian sendiri k. Apa, ingat hal cintan cintun je boleh jd baja taman hati?? Salah kay.....Habis apa? Ntah...tu yang aku tgh cari skrg ni. Knp dgn hati aku ni. High semacam jer....wakakaka...tp td aku baru lepas cakap dgn mak aku. Pastu hati terasa lapang...n nak berbunga..padahal aku just ckp mcm biasa jer...


Sesenggang masa lapang aku ni boleh dikatakan aku sibuk menaip jer...knp? sebab tgh wat asgment la...adoiyai...tak pe lah...len kali aku sembag lagi...


Ya Allah...terima kasih atas kurniaanMu...Engkau lapangkan hati ini tatkala aku sedang meminta. Ampunkan hambamu Tuhan, Sesungguhnya, tiada daya upayaku tanpa kuasaMu. 

BABAK KEHIDUPAN SERIUS 3

Assalamualaikum…
Aku ingin saja cuba untuk menyampaikan rindu yang tertangguh ini pada si dia yang entah dimana. Sesekali ingin juga kiranya aku untuk berbicara soal rindu hati padanya yang tidak pernah ku kenal siapa. Adakalanya ingin aku bualkan soal hari muka bersamanya yang tidak pernah ku jumpa. Siapa dan dimana dia, sentiasa aku bertanya.
Andai diberi sebuah kanvas, mampukah untuk aku palitkan warna untuk melakar wajahnya? Dia ada dijiwa. Dia sentiasa bertakhta. Tapi dia terlalu jauh dari bayangan mata.

Saturday, March 26, 2011

K I T A

Assalamualaikum...

Aku bermimpi…..

Saat aku pejam lena 
dia tiba
Saat aku renung matanya 
dia berbicara 
Saat aku tatap wajahnya
dia bersuara

Dia…
Insan yang sentiasa aku damba
Hadir bersama kuntum doa
Yang kian mekar berbunga

Aku terjaga…

Nun senja merah…
Di ufuk barat
Mentari cerah hampir terbenam
Pemandangan indah
Memberi isyarat
Sudah lama TUAN dilamar petang…

<NUR BAHTERA>

Tuesday, February 22, 2011

Adehh...huhu...


Assalamualaikum…
Aduuuuuuuui..Hati ni sakit. Tertikam, tertusuk, robek.. hancur.. remuk redam tak terkira. Susah betol nak kawal sedangkan semuanya ada pada diri aku sendiri. Aku cuba seupaya mungkin ni. Wahwah wah..bukan main kuat lagi perasaan sedih ni nak merajai hati aku…dush…dush…tumbuk kuat2..biar terbang jauh..
Hati o hati…diam2 lah kau.
Hari ini biarlah duka melara,
Esok2 kita ketawa lagi…
Hati  o hati…senyap2 lah kau.
Hari ini kau menangis hiba,
Esok2 kita pasti bahagia…
Hati o hati kupujuk kurayu
Hadirkan senyummu..
Utuskan gembiramu
Walau sembilu menusuk kalbu.
Kerna kau dan aku…kita SATU.

Hmmmm….hati yang melankolia mula berdendang lagi…membaris bait-bait kata yang terbit tiba-tiba tanpa dipinta.. Sedang ayik berdendang, bersama sebuah rasa yang menerajang segenap pelusuk hati. Dull pain..ahaks..tiba2 terkeluar bahasa medic…K la tu kan?? hahahaha....