Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Showing posts with label wtf. Show all posts
Showing posts with label wtf. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

ENTRY HAMPEH

Assalamualaikum...


Salah ibu mengandung tak kalau aku dilahirkan sebagai perempuan?? mesti la tak...apa ni??? hish...


Boleh tak kalau aku nak tanya, aku ni mmg tak layak ke? layak apa?? tak de laa...aku ni tak layak ke untuk jd semangat seseorang? Tidak kah diri NSSY ini layak untuk diperlukan setiap masa..?? tak kan hanya layak PRN jer? sian aku...terlalu mengharap dat i m somebody for someone...(nnt ada lak yg menyampah membaca ni...kihkihkih..) AAK??? ni blog aku k...


apa aku nak wat ni? 


CONs


  1. nak terjun dr tingkat 5 melalui tingkap yg terbuka? komplikasi : MATI
  2. nak telan PCM sebanyak 3 papan? komplikasi : LIVER FAILURE
  3. nak tumbok dinding bilik yang bewarna putih? komplikasi : # CARPAL/METACARPAL
  4. nak jerit di tengah malam bulan mengambang ? komplikasi : KENA MAKI
  5. nak koyak2 kertas dalam bilik? komplikasi : BERSEPAH (not bad la..)




PROs


  • amek wuduk dan solat? Bagusnyer...


next


  • mengaji quran? Alhamdulilah..


next


  • layan ML minggu ke 7


next


  • tidur ? hmmmmm....




Ahaha...aku dah ada jawapan sebanarnya....hehe...saje ngader nak "buat ramai" skit blog ni...Aku bukan sombong tapi aku cuba untuk menjaga hati sendiri...aku cuba untuk elak dari hati ni terus jadi papan dart. Ye...Ye...aku benci perangai dia dan dia pun benci perangai aku...adil la kan?? so what is the matter (hell)?



Sunday, April 17, 2011

R A S A

Assalamualaikum...

SUATU SUDUT HARI INI
KALA MALAM BULAN MENYINARI SURAM
AKU LEKA SANTAI SENDIRI
BERMAIN BAYANG-BAYANG JARI

MENGUTIP SERIBU JUTA RASA
YANG BERTABURAN DI ALAM BERNAMA MAYA

MUNGKINKAH AKU SEBENARNYA PARAH
DIPUKUL BADAI SEBUAH GELOMBANG?
APAKAH AKU SEBENARNYA SEDANG GUNDAH
PADA GELORA SEBUAH OMONGAN?

BERTEPUK DADA, BERTANYA SELERA......

AKULAH SI DUNGU BUTA
YANG SEDANG HANCUR DITELAN RASA
YANG SEDANG MATI DIMAMAH AMARAH
YANG SEDANG TERUS HILANG DISAPU ANGIN TAUFAN

MENGAPA DI DONGAK LANGIT TINGGI 
SEDANG LAUT LUAS TERBENTANG TERANG

MAKIN AKU BERSUARA
MAKIN PULA HILANG BUNYINYA

MAKA AKU TERUSAN BERMIMPI...................

<NURBAHTERA>


Friday, April 15, 2011

AKU TENGAH PANAS MENDIDIH

Assalamualaikum......
MODE : TTS


HAri yg penuh kesialan......Ish3...kalau tak ingat janji aku pada diri sendiri, kalau tak pk aku kena bayar 110k, kalau tak ingat aku dah nak habis lagi sikit hari ja...kalau tak ingat tanggungjawab kat mak ayah...mau aku MEMBALAS, mau aku BERDIRI TEGAK depan SI CELAKA tadi. MAU SAJA AKU MENJADI NSSY YG PENUH DENGAN BARA API. Tapi yg hampir menjadi mangsa, si ENCIK HENSET aku gak...mujur tak terlepas dari tangan. Mujur jugak aku sedang menghadap buku n fareheen n ejad....kalau la yg ada depan aku tadi tu kawan2 pempuan, agaknya mmg dah berguling dah...tapi sempat jugak SI CELAKA naik tangan pada aku. sempat tolak kepala aku. BENGANGNYAAAAAA.......kalau tak mengenangkan aku PEREMPUAN, kalau tak mengenang aku kat cafe yg ramai orangnya tadi nak jugak aku angkat kerusi. Biar hilang perempuan tuh, biar terang marah tu...dia ingat dia ja boleh bercakap hebat?? 


Tapi hg dah sentuh aku skali.....kalau tak boleh kat KL ni kat KEDAH pun ada masa lagi.....btoi tak??? 


''AKU MEMANG LEMBUT, AKU MEMANG LEMBEK...AKU MEMANG TAK MAMPU...AKU MEMANG TAK KUAT MACAM LAKI, AKU MEMANG PEREMPUAN. AKU TAK BERANI NAK MELAWAN...AKU MEMANG LEMAH...AKU MEMANG AKU....hahahahaha......HANG PUN TAK KENAL AKU KAN.................................................................................''

Monday, April 11, 2011

HELL... NOT TRUE!!

Assalamualaikum...

La..la..la....la...haaaaaaaaaaaaaaa.....

aku cuba jadi yg terbaik dgn sesiapa yg aku kenal. Aku cuba jadi apa yg aku tak nak jadi. aku HIPOKRIT... 

*
*
*

Sebuah kesudahan yang entah di mana penghujungnya. Kerana yang jelas itu hanyalah sebuah kepuraan. Apabila dihitung, yang tinggal hanyalah bayangan kejujuran. Dalam persahabatan ini, dalam perhubungan ini, dalam perjuangan ini, aku cuma sendiri. Makin aku orak langkah, makin sumbang apabila diharap pada sebuah jalinan. Makanya, aku terus mencari DIA dihujung sebuah persinggahan. Aku ingin sekali menoktahkan semua rasa yang ada. Biar terbenam jauh. 

Seringkali yang datang menyapa itu, sedih yang membawa bahagia. Semanis mana senyum di ukiran bibir, tak mampu untuk memadam apa yang bersarang. Jauhlah...jauhlah.....lepaskan aku sendiri, walau arca aku tidak seindah bahasa, walau olah aku tidak semurni jiwa.
*
*
*
AKU INGIN MENJADI DIRI SENDIRI.

SEBUAH RAPUAN (FRAMED STORY)

sALAh tak kalau aku cakap aku tak suka org mcm dia? salah tak kalau aku cakap aku meluat nak kenal org mcm tu? benci gilorr...salah tak lagi andai aku cakap yang aku adakala menyampah ya amat!!!...pellllisss la...apa masalah hang???? blah arr kalau tak suka..hang ingat aku heran??? not at all...BLAH..BLAH...BLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!! HAMEK KAU!! STUPID DUMB IDOT...


Tuesday, March 29, 2011

...KEBODOHAN SI LUNCAI...

Assalamualaikum...


Bodoh si luncai terjun dengan labu-labunya....bodoh si luncai tak bertanya diri, bodoh si luncai otak letaknya di kaki. Bodoh si luncai sanggup lemas dari terus berlari....luncai...luncai...lantak hg la...


Sekeras-keras kayu, patah...selembut-lembut kain tak kan patah. tapi lembutnya kain tak dinilai.Itu la.... Salah dimata tak nampak, salah tafsiran tak di nilai.
Aduhhh....Luncai, kenapa marah bila org lain pandai berenang? Kan dulu kamu yg lebih pandai berenang....


Luncai tunjukkan lagi kebodohannya...dengan bangga meludah ke langit. sudahnya.....??


haaaaaaaaaaah...tought block sekejap.


Nak marah...nak ketawa. Apa semua ni?? tu la org tua2 kata, gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut jelas. bila sebesar gajah yang sering jadi tempat berlindung panas tu hilang, baru tersedar, terduduk nak cari tempat berteduh. Nak lempang pun terasa ada. Salah kah? 


Uhuks...sampai bila tah...................................

Monday, March 7, 2011

TAGLINE...(^_^)

Assalamualaikum...

Hehehe...aku p bayar saman kat pej. polis caw trafik hr ni. Saman tak pakai helmet terbang rm30...aduss...tah tahun tok nadok mana tah aku nek motor tak pakai helmet. Pakcik polis tu cakap 2005. aku malas cakap banyak..tp aku tersebut satu tagline kat pakcik polis tu secara tak sengaja..LIHATLAH DUNIA...hakhakhak...seb baik pakcik tu tak paham n tak marah..(kecut gak dia ngamok.ckp aku kuajaqq..)

Sebutlah hal tagline ni...aku, si tomok n si panjang baru2 ni sibuk mempromosi serta mengaplikasikan tagline2 artis tertentu yg agak best ar...kekekeke. bukan apa, hati terusik untuk menurut. tapi agak menggembirakan lah..(cehh..poyos gilos..) AAK? kekekek..

Macam mana la agaknya bila aku dah keja nanti? Ada tak lagi adik2 yang mengiburkan macam skang ni? (wahahaha...tah pape)...eh...aku nak blah dah ni...jumpa lagi k. daaaaaaa

Thursday, January 27, 2011

Dah semakin senja

Assalamualaikum...


Aku dah semakin mencecah usia 27 tahun. Dah tua ke?..Biarlah apa org kata aku tak kesah. Semakin hari aku cuba untuk terus melatih diri menjadi lebih matang dan lebih bertenaga untuk menghadapi hari esok, lusa dan seterusnya masa depan. Tapi satu perkara yang aku tak mampu untuk menjadi matang dan lebih matang. Soal hati. Sukar sungguh untuk aku mengerti. Tapi aku sedaya mungkin mencuba untuk puaskan hati sendiri. Cuma aku sedikit kesal. Kesal dengan apa yang berlaku. sungguhpun bukan pintaku, namun aku bersyukur. 


Untuk apa aku memperbodohkan diri di usia yang semakin senja ini hanya untuk memuaskan hati org lain? Kerana sayang? Ya...kerana sayang. Cukupkah hanya sayang itu untuk bawa aku lebih jauh?. Mustahil...


Saat dan ketika ini, hati aku sedang bergelora antara rasa ingin mengalah dan menahan marah. Keseimbangan yang tak ingin aku capai. Aku tidak mahu terus mengalah tapi aku juga tidak mahu terus marah. Aku benci setiap kali aku  mengalah aku terus menjadi bahan untuk dia meninggikan egonya. Fahamilah aku. Aku mungkin bukan yang sempurna, namun aku cuba untuk terus kelihatan sempurna. (bodohny aku kan...hahahha...)


Aku tak suka dimaki. AKu tak suka di tengking. Aku tak suka terus-terusan dimalukan. Aku tak suka semua tu....