Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Thursday, July 28, 2011

Aku tergoda...

Assalamualaikum....

Sebagai seorang insan yang sangatlah biasa, aku senantiasa kalah dengan hasutan dan godaan syaitan yang direjam. Sampai sekarang aku masih lagi tidak sekuat mana. Iman yang ada hanyalah layang-layang pandang...terlalu nipis. Biar dibanding dengan nipisnya kulit bawang nipis lagi iman aku. Tidak selayak mana untuk aku tuturkan perihal tahap keimanan aku tatkala ini. 

Sampai sekarang, aku masih kurang mengerti mengapa wujudnya rasa benci ini pada seorang insan. Benci?? hinakah kita untuk membenci seseorang? Mungkinkah benar ini adalah benci atau sekadar iri hati? Aku tak pasti. Namun yang nyata aku punya rasa tidak senang dengan dia. Salah dia?? Apa bolehkah aku tafsirkan itu adalah kesalahan dari pihak, dia sedangkan sebenarnya terlibat insan lain. Ya...insan lain itulah yang bertindak sebagai pencetus rasa yang sepatutnya aku buang jauh ini. Kerana dia. Hingga detik ini seringkali dia akan berada di fikiran. Seringkali aku cuba mengaitkan setiap kepahitan dengan hadirnya dia. Adilkah aku? Mungkin tidak...tapi itulah....bisikan syaitan yang direjam itu kuat di telinga. Benteng yang aku bina masih rapuh dan longgar. Terlalu....

Pun begitu, jauh di sudut hati ini seringkali memohon maaf saat hadirnya rasa kurang senang dengan dia. Dari jauh ini aku masih memikirkan dia sedangkan dia tidak tahu apa-apa. Dia sedang menjalani hidup yang biasa, aku pula...sedang merosakan dan memalitkan kehitaman serta debu dosa di hati sendiri dengan cuba mencambahkan rasa benci padanya. I'm so pathetic...Allah.......

Jiwa aku berkecamuk antara hasad dan redha. Aku ingin bersih namun aku perlu berperang hebat dengan naluri aku sendiri.