Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Saturday, February 26, 2011

Kenapa wat mcm tu???

assalamualaikum...

adoi....tau tak aku sakit hati? Bukan sekadar emo...aku kecik hati. FAHAM KE? Tak faham tak pe la..aku tak paksa pun untuk faham aku. Aku tau ada jugak yg tak senang dengan emo2 ni. dan aku tak kesah pun...sikit pun lah...gurau? hmmm...tu la...aku tau gurau tapi......
Aku sedih la...knp wat mcm tu kat aku? Tak pe lah...aku janji tak kan tumpang gembira dah. biarlah nak cakap aku emo pun. selama ni aku ada aku emo? tak kot kan...jadi kali ni aku betol2 kecik hati la. Jangan la tanya aku knp...aku tak tau...aku sedih..sgt2..tau kan aku simpan n pendam semua ni lama dah...aku ingat....tapi.........adoi kawan............maafkan aku la...Nama aku SAFINAH.

Friday, February 25, 2011

Cerita Jiwa Saya

Assalamualaikum...

Ibarat bayu yang membuai rasa, 
membelai nurani seorang Aku. 

Aku sediakala kembali tersedar, 
seakan baru bangkit dari sebuah mimpi yang ngeri. 
sunyi...kelam ibarat malam tanpa bintang, 
...dan sedikit tempias cahaya rembulan juga makin pudar hilang.

Akal yang tersonsong, terhalang.
menjebak Aku di daerah keliru yang dalam 
terperangkap, terpenjara..
dalam erti sebuah janji...
jeriji kekosongan.

Ketika Aku terpinga, 
sukma makin terhinjak..
meronta, memaksa supaya nafsu bertindak bijak..

Ya...aku kembali merangkak..
cuba juga kembali mencongak
dalam pentas kehidupan sebuah corak abstrak..

NUR BAHTERA

Lalalalalalalala...aku tau ada yang akan gelak atau sedang gelak bila terbaca apa yang aku karangkan ni..tapi to be honest, it's a pleasure to know that my ILHAMKU is being readed by sumone. Thanks U all...Love u muah..muah..muah..(^_^)..

Currently, i'm thingking of sumtin' for u guys...my dearest frens..wait for my next post k..speacially dedicated to all of u...sapa? jeng...jeng...jeng...dalam post aku yang akan datang aku akan sebut nama2 org dalam kehidupan 'semasa' aku tika ni..Tak yah nak kata aku poyo k..hak aku kot nak tulis apa pun kat sini. Macam BFF aku selalu cakap dlm blog dia...btol tak La? Hahahahaha...love u La.

Thursday, February 24, 2011

Egonya Safinah ni...

Assalamualaikum…

Aku rasa serabut sangat mlm ni…(sebenarnya tak la sangat..tp aku yg paksa diri jd serabut.) Aku ni ada satu perasaan ego yang aku bina untuk tipu diri sendiri bahawa aku tak sedih.  Ego tu agak kuat la dan berjaya membuat luaran aku tampah tak sedih dan jugak Berjaya tipu dalaman aku skit2. Hahahah,,ada jugak kawan2 yang mempersendakan perasaan aku ni…tapi aku tau tu semua gurauan. Untuk makluman, kadang2 aku sedikit terasa hati. Touching la sangat…kuang3…(Mampos kena gelak pasni..). Adoiiiiiiiii….Ye la aku dah tua….
Ni antara dialog2 yang sering berkumandang bila aku melawan kesedihan.

ROUND 1 (sebelum time tidoq)

AngelMe: Kenapa sedih ni? Jangan la sedih2…tak best la…
DevilMe: Habis nak soh aku wat mcm mana? Aku pun manusia jugak..arghhh…bosan ah…
AngelMe: Astaghfirullahhal’azim….sabar la…jgn layan sangat…setan semua tu…Ingat Allah banyak2.
DevilMe: Nak dengar lagu LP la…hilang sikit stress
AngelMe: Tengok tu…dah tau lagu2 mcm tu tak bagus nak jugak dengar…simpan jugak lam lappy ni…nasyid kan ada…biar tenang sikit jiwa tu..buka surah alquran..dengar la…
DevilMe: Ala…dgr la LP dulu…pastu br dengar nasyid tu suma…

END OF ROUND 1
The winner is DevilMe…maka aku pun dengarlah lagu2 kegemaran aku by Linkin Park saat2 aku berduka lara…cehh…kunun hilang stress..pigi rah…

ROUND 2 (masa nak tidoq)
DevilMe: Kenapa dia sanggup wat aku mcm ni?
AngelMe: tgk…dah mula la tu…
DevilMe: aku nak sangat dia rasa semua yang dia wat kat aku..biar dia tau..
AngelMe: nak berdendam ka?...sampai bila? Dapat apa dendam mcm tu?
DevilMe: mmg aku dendam..aku nak sangat balas semuanya..nak dia sakit hati..
AngelMe: Cuba  mengucap banyak2…hish…dah hilang arah…dah buta ka mata hati tu? Jangan ikut marah tu..sedar diri sikit. Lawan la…
DevilMe: Aku bosan asyik kena lawan semua ni…aku sedih…aku tension..serabut..hati aku terluka…aku kecewa..ada org pk aku? Sapa yg pk ttg aku?
Aku pun menangis….menangis…menangis…sampai bengkak mata…(alasan: aku kan pempuan…huhu)
AngelMe: Sabarlah…sabarlah…sabarlah….Allah tak kan sia2kan ketabahan insan…yakin la dengan janji Allah…syukurlah ni baru sikit..tak besar mana pun ujian ni…tak kan nak mengalah…takpelah…nangis la….hilangkan semua sedih tu…
Aku teruskan menangis….lepas tu aku bangun p amek wuduk..solat sunat hajat…tenangkan hati…dan aku mintak sungguh2 dengan Allah, agar aku dapat pejam mata dengan tenang dan dapat tidur yang nyenyak…

END OF ROUND 2
AngelMe is the winner at last…(but not least)…dan waktu ni muka jam dah menunjukkan hampir sepertiga malam hidup aku berlalu dengan PEPERANGAN DALAMAN. Aku lelap pukul 3 lebih before dawn..

INi memang betol2…bukan rekaan atau cobaan…ini yang aku hadapi setiap malam…(simtom depression)..berperang dan cuba untuk menang…dalam kedua-dua pihak..dan tugas ego aku adalah bila aku bangun esok pagi aku dah lupa sekejap semua tu..Damn…

Wednesday, February 23, 2011

What de hal??

Assalamualaikum...


Hari ni aku terasa sedikit emosi. Kenapa? mungkin kerana aku terlalu memikirkan. Aku terasa seperti ada yang tidak menyenangi kehadiran dan kewujudan aku di situ. Kenapa ya? Mungkin ada kesalahan yang aku tidak sedari. Niat aku nak berkongsi, nak kepastian tapi aku batalkan niat tu. Tak sedap lah pulak kiranya aku terusan memaksa org lain untuk bersusah2 kerana masalah emosi aku yang tak stabil ni...Adeiii...susah jugak lah...


Hmmm...Alhamdulilah...sepanjang2 aku bekerja semester ni semuanya lancar dan baik2 belaka. Sungguhpun begitu aku tidaklah berharap sesuatu yang tak baik juga..Nak2 dah sem last..lagi la dimnta jauh semua perkara yang melintang jalan aku. Insyallah...sebarang aral dari ALLAH jua dan kepada ALLAH jua aku berserah diri.


Alhamdulilah jugalah dan aku ucapkan tahniah kepada HATI aku kerana masih berjaya mengekalkan tahap pain score kepada '0' Terima kasih ALLAH kerana menganugerahkan aku rakan2 di saat2 ni..begitupun...tinggi jugalah pain treshold aku..kerana walau bleeding dgn fresh blood aku masih tak sakit. Syukur yang teramat...


Ok lah...nak out dulu...semoga ILHAMKU lebih berirama malam esok...

Tuesday, February 22, 2011

Adehh...huhu...


Assalamualaikum…
Aduuuuuuuui..Hati ni sakit. Tertikam, tertusuk, robek.. hancur.. remuk redam tak terkira. Susah betol nak kawal sedangkan semuanya ada pada diri aku sendiri. Aku cuba seupaya mungkin ni. Wahwah wah..bukan main kuat lagi perasaan sedih ni nak merajai hati aku…dush…dush…tumbuk kuat2..biar terbang jauh..
Hati o hati…diam2 lah kau.
Hari ini biarlah duka melara,
Esok2 kita ketawa lagi…
Hati  o hati…senyap2 lah kau.
Hari ini kau menangis hiba,
Esok2 kita pasti bahagia…
Hati o hati kupujuk kurayu
Hadirkan senyummu..
Utuskan gembiramu
Walau sembilu menusuk kalbu.
Kerna kau dan aku…kita SATU.

Hmmmm….hati yang melankolia mula berdendang lagi…membaris bait-bait kata yang terbit tiba-tiba tanpa dipinta.. Sedang ayik berdendang, bersama sebuah rasa yang menerajang segenap pelusuk hati. Dull pain..ahaks..tiba2 terkeluar bahasa medic…K la tu kan?? hahahaha....