Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Thursday, September 8, 2011

GIAN MEMBILANG

Assalamualaikum…

Aku berseorang. Suara tv penuhkan ruang sunyi. Fikiran aku menerawang. Jauh. Aku sebenarnya gian. Melampau-lampau berfikir. Satu untuk membilang baki gaji. Dua untuk membilang angka usia yang makin tua. Tiga untuk terus membilang apa yang bakal di bilang hari esok. Empat…Lima…sepuluh…seterusnya. Perlu ditambah jemari tangan kaki baru aku puas. Agaknya. Tak mungkin terjadi.

Saban hari dari detik hingga ke jam, berapa kepala makhluk tuhan yang sarat dengan bilangan. Hari inilah. Esok lagi. Lusa pun sekali.

Aku adalah antara benih anak adam yang adakala lupa esok adalah sesuatu yang tidak pasti. Sunyi kembalilah jiwa aku.

Monday, September 5, 2011

...learning by making mistake

Assalamualaikum…

Wah2…aku sangat tercabar dengan semua tu. Fuhh…tinggi jugak sabar aku. Tidak mengapa, aku masih baru dalam dunia ni. Biar aku buat salah banyak2 baru aku bleh blajar…tp tidak la pulak aku wat salah untuk nampak stupid n dumb. I’ll improve…just wait. Eleh…tak  kan kena main sikit terus nak down kan. Salah org k..aku tak kan ngaku kalah. Setiap apa yg aku buat aku akn bertangungjawab. My job. Anyway, thanks for the lesson Raj. U ikhlas or tak, that’s none of my bisnes. Nak cakap itu hal u dgn ALLAH mcm tak kena pulak ye tak. Ahaha…

Ermm…hehe..aku mmg slow. Today is worse, I’ll make tomorrow better. Itu janji aku, nekad aku, tekad aku. Tak sabar nak jadi intermediate staf. Buat kerja aku dengan penuh keyakinan dan keberanian serta diiringi kesabaran yang tinggi. Moga gaji dan kerja aku diberkati dan dirahmati.

SAYA BUDAK BARU BELAJAR WALAUPUN UMUR SAYA DAH 27 TAHUN…

Sunday, September 4, 2011

Lebih dari biasa


Assalamualaikum…

Aku ni ada satu peel yg kurang bagus. Aku suka berangan masa tgh ride. Lebih2 lagi waktu malam. Suka sangat berangan.semuanya mesti la yang indah2 n menambahkan kembang taman di hati. Ermmmmmmmm…..Aku slalu cuba ingatkan diri aku sebelum bergerak tapi bila dah atas motor aku terus lupa. Aku addicted. Kuat berangan. Enjoy giler rasernyer.. sekarang ni aku kuat berangan nak fulfill aku punya wish list,.tapi aku nak setel satu2 la..1st aku nak tukar nset aku yg dah makin uzur n usang ni. Aku pkai nset ni sejak tahun 2007, sekarang dah 2011…fuhh…dah 4 tahun jugak lah. Tahan lasak betol…dah banyak kali jugak lah bercium dinding…kekeke…so aku rasa dah sampai masanya aku rehatkan dia. Cehhh…
Oh..aku tgh pelik ni. Knp la tiba2 dia baik sangat dengan aku? Hehh…walau apa pun…tahniah k. hepi ape…
Lagi satu…aku rasa mcm aku tgh perasan sorg2 ja. Kehkeh…ape la. Apa yg aku alami tu perkara biasa ja. Nothing spesel tp aku lak yg terfeling lebih..wakaka..lawak gak aku ni. Whatever la wei…aku wat keja aku. Aku tak kacau org sudah la…yang lain, I follow…hehe. Cuma sedikit janggal bila aku kena keja dengan senior yg jauh lebih muda dari aku. Kekok nak pgl nama. Tapi tu maybe sb awal lagi…nnt dah lama sikit biasa la tu…urmmm chiayokkkk!!

bahagia rasanya


Assalamualaikum…

Tgk tajuk pun rasa seronok ye tak? BAHAGIA…mesti la penuh makna. Tersirat dan tersurat semua ada makna yang member kedamaian pada jiwa aku saat ni.

Kenapa bahagia?? Aku ada dua sebab untuk terasa bahagia saat dan ketika ini:

  • Aku dah ada keja…yang penting dekat dengan mak ayah.
  • Aku ada dia…

Huraian aku pada dua sebab tersebut :

Keja aku ni mmg aku yg mintak atas kerelaan aku sendiri. And aku dah fulfill hasrat mak ayah aku untuk keja dekat dgn umah. Aku tau mak ayah aku sangat2 bersyukur atas semua ni. Sekaligus memudahkan aku untuk pantau aktiviti adik2 aku kat umah tu yang masih bersekolah. They need me as  much as I need them.

Aku ada dia. Aku rasa dia semakin hampir dengan aku. Even aku tak pernah tau apa yang akan jadi tapi wat masa sekarang aku sangat2 rasa dihargai. Jiwa aku rasa senang dengan semua yang aku hadapi dengan dia skrg ni. Yang penting aku happy n tak sakit hati sangat. Tiap detik aku sekarang ni rasa terlalu berharga. Semoga yang berlaku sekarang akn lebih baik untuk hari esok dan masa depan.

Oh ya…walau dalam bahagia, aku masih lagi sedikit terganggu dengan masa lepas. Susah sangat aku nak buang. Geram betol kalau aku fikirkan. Rasa hancur luluh hati ni. Tapi kalau boleh aku nak jadi wanita yang optimis. Tak mau terlalu memandang kebelakang. Aku dah sentiasa mencuba sekarang ni. Bagus kan aku??

AKU HARAP WALAU HUJAN MENCURAH, MENGHILANGKAN MATAHARI, AKU MASIH ADA TEMPAT BERTEDUH HINGGA TIMBULNYA PELANGI. DALAM KEADAAN MANA SEKALIPUN AKU ADALAH WANITA YANG KUAT DAN TABAH DENGAN IZIN ALLAH. AMIN.