Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Wednesday, March 26, 2008

C I N T A

Assalamualaikum...

Cinta? Benarkah dalam sebuah perhubungan antara 2 makhluk tuhan yang berbeza itu ada cinta? Sejauh manakah kehadiran cinta itu sendiri dalam perhubungan yang terjalin?

Persoalan demi persoalan yang terluah berasaskan sebuah hubungan yang kononya disemai dengan rasa cinta. Benarkah? Jika ya, bukankah terlalu mudah untuk mendefinasikan erti cinta?

Cinta itu suci. Kesucian cinta itu sering ternoda dengan definasi dan intepretasi murahan 'makhluk masa' kini. Bukan aku tidak mengakui hakikat kehadiran perasaan itu sendiri dalam jiwa aku, tapi aku tidak memandang cinta terlalu murah. Aku jua tidak bermaksud untuk menunding jari mengatakan "mereka salah..." Tidak! Tidak sama sekali! Cuma aku terfikir. Kenapa terlalu mudah perkataan itu dituturkan? Kenapa ia terlalu mudah untuk ditunjukkan? Benarkah ia cinta yang dimaksudkan? Bukankah itu hanya sekadar perasaan? Ia bukan cinta.

Cinta itu sendiri terlalu besar pengertiannya buat aku. Tidak mudah untuk aku menerima luahan cinta. Benar! Itu aku. Aku tahu ia benar. Aku yakin apa yang terlahir itu bukan lah cinta. Ia hanya sekadar ilusi dalam perhubungan kasih sayang antara 2 makhluk Tuhan. Ia hanya sekadar "penambah perisa". Ia untuk menyedapkan lagi hubungan tresebut.

Jangan terlalu mudah menutur cinta. Kenapa harus ia dijadikan bahan "pameran"? Bukankah ia sepatutnya tersimpan hanya untuk "dirasai" sebenar-benarnya? Andai ia terlalu mudah dicari, hilanglah serinya. Jangan! Usah biarkan cinta kita terpamer. Cinta itu maruah. Cinta itu jiwa. Cinta itu esuatu yang tidak mungkin berganti. Cinta itu hak Ilahi. Carilah ia pada pemiliknya. Tepuk dada tanya Iman.

.....NSSY.....

Saturday, March 1, 2008

P E N C A R I A N


Assalamualaikum....
....4JJI jualah penentu segalanya, namun aku masih disi mencari, masih tak pasti.
Mataku terus memandang sesuatu yang aku rasakan terlalu hampir tapi masih sukar untk dicapai. Mengapa??...
Setiap kali aku memandang semua itu, jiwaku merintih...sebak...dan menangis...namun masih jua aku rasakan aku tak mampu untuk mencapai..Mungkin kerana aku sendiri meragui keikhlasan di hati ini.
'Ya 4JJI...sesungguhnya aku benar-benar ingin dekat denganMU..tapi mengapa semua itu terlalu jauh...tunjukanlah aku jalan yang KAU redhai..Bantulah aku Ya Muhaimin...'
Cintaku padaMu.....layakkah aku?
....NSSY......

Thursday, February 21, 2008

B I C A R A

Assalamualaikum.....

Jiwa aku berbicara. Mahu aku mencari sesuatu yang aku pasti tapi sukar untuk di mengerti. Apa yang sedang aku perjuangkan? Hanya 4JJI yang tahu.

Tuhanku..bantulah aku.Berikan aku seribu kekuatan untukku perangi apa yang harus aku musnahkan.

Satu perjuangan yang aku harapkan membawa aku kepada Tuhanku yang maha Esa. Aku ingin dekat....Terus bersamaMu.

.........NSSY........

Monday, February 18, 2008

KEHADIRAN

Assalamualaikum...

Orang baru....kehadiran yang tidak pernah dijangka. Takdirkah? Ujian yang berupa takdir untuk aku lalui sekali lagi sebelum maju kehadapan.

Aku memintakah untuk itu? Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku pasti, aku minta diberi pembimbing menemani jalan-jalan hidupku.

Memang aku takut seandainya aku tersalah haluan. Aku takut sekiranya aku terus jatuh sedangkan aku tidak mampu untuk terus begini sendirian.

Maafkan aku....

.....NSSY.....

Friday, February 15, 2008

R I N D U


Assalamualaikum...
Rindunya aku pada dia. Banyak kenangan aku dengan dia. Dengan dia juga aku banyak belajar erti kesusahan, keperitan dalam kehidupan.
Tapi....sekarang dia bukan milik aku lagi. Dia dah jadi milik orang lain. Kenangan aku dengan dia pasti tak akan aku lupakan. Aku sayang dia. Sampai sekarang perasaan tu masih ada. Aku tak berharap untuk dapat dia balik...cuma...aku nak dia tahu...dan seandainya dia tahu...kan bagus.
Walaupun tak lama tapi cukup untuk membuatkan aku sukar untuk melepaskannya. Moga dia lebih bahagia dengan orang yang lebih dia suka.
....NSSY.....

Tuesday, February 5, 2008

Februari 02

assalamualaikum....

Dah cukup 4 tahun kalu nak dihitung tarikh itu. Aku tak lupa. Mungkinkah sama disana, atau sekadar kenangan yang tak pernah lansung mengusik?

Banyak yang aku tempuhi sepanjang tahun itu. Ya, sukar sekali untuk aku luahkan walaupun semuanya besarang diminda dan fikiranku.

Semoga disana terus bahagia dengan apa yan dimiliki sehingga kini.

Cuma sesekali tetap terlintas dalam diri untuk mengetahui masihkah ada rindu dalam hati walaupun telah lama berganti? Ingin sekali aku mengetahui rahsia itu.

Aku masih disini......

......NSSY........

Wednesday, January 30, 2008

BERDIRI SEORANG AKU


Assalamualaikum....


Bukan mudah untuk aku melangkah sejauh ini. Yang penting, aku tidak keseorangan dalam menghadapi hidup yang penuh ranjau. Aku ada DIA.


Semakin jauh aku melata di bumi Tuhan ini, semakin aku mengerti. Semakin aku mencari semakin aku rasa terlalu jauh untuk aku berada dipuncak keimanan seorang hamba yang bersih lagi suci hatinya. Aku terlalu kerdil.

Dugaan demi dugaan...semuanya silih berganti. Seolah mengajar aku untuk menjadi seorang hamba yang redha dengan setiap takdirNYA. Dalam mata yang terpejam aku mengakui. Aku akur. Dugaan ini seolah menjadi kekuatan aku untuk terus melangkah. Membantu aku untuk terus hidup dalam dunia yang penuh racun.

Sehingga terbenam sang mentari aku akan tetap berdiri bersandarkan Iman yang satu.

Thursday, January 24, 2008

H I L A N G

Assalamualaikum...

Kehidupan kita sebenarnya akan membawa kepada kehilangan. Bukan mudah untuk emosi kita menerima kehilangan,apatah lagi sekiranya ia adalah sesuatu yang paling berharga untuk kita.

Seringkali kehilangan itu akan meretakkan sekeping hati milik insan. Namun sekuat mana untuk dihadapi, itu bergantung kepada kekuatan iman yang dimiliki. Iman yang tidak dapat diwarisi,hanya dianugerahi oleh Pencipta kita yang satu.

Seringkali juga kehilangan itu dirai dengan tangisan. Barangkali sudah fitrah insani, menangisi sesuatu yang sebenarnya bukan milik kita. Mungkin itulah caranya untuk kita tunjuk bahawa ia dihargai...terlalu dihargai tanpa kita sedari 4JJI lebih menghargainya.

Dan kita akan terus mencari sesuatu yang hilang itu walau dalam gelap pekat.

Bodohkah kita andai terus berpegang pada 'Yang patah tumbuh,yang hilang berganti'? Tidak!! Seandainya kita sedar,itu adalah sandaran kekuatan kita. Kekuatan yang menunjukkan bahawa kita masih ada Dia untuk bergantung harap.

Namun, kita hanya mencari Dia tatkala kita berduka. Kita sedar Dia ada pabila kita menangis hiba,mengharap....Adilkah kita??...Dan DIa...tidak pernah memaling muka disaat kita menyembah,sujud,meminta...Dia Maha Pengasih,Maha Penyayang...

Tangan yang berlumuran noda dosa,menadah memohon,merayu padaNya yang Esa...malu padaNya..bertaubat..Layakkah kita??...Dan Dia...tidak pernah menolak. Dia Maha Pengampun...

Disaat itula Dia terlalu bermakna. Kita yang seingkali lupa padaNya kembali dalam keadaan kotor. Namun,Dia Maha Kuasa. Diganti apa yang telah hilang...itulah kebesaran,dan kelebihan dalam sebuah kehilangan. Hikmahnya sentiasa tersulam indah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hatipadahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman".......surah Al-Imran ayat 139.

....NSSY.....

Sunday, January 20, 2008

On mY Way...

Assalamualikum...

HAri jumaat 18/01/2008 aku balik kedah jam 2230 naik bas...then bas tu stop all of a sudden. Tah knp..aku malas nak turun tgk sekaligus malas nak ambik tau lansung...sb aku tengah mengantok..huu...stuck kat area slim river for about 2 and a half hour...fuh...sejuk sb econd..n boring...n sakit badan...sampai kedah jam 0730.

Sbnrnya itu bukan agenda utama aku hari ni. Apa yang berada dalam minda aku tika ini adalah....suatu yang aku sendiri pun tak mengerti.

Pencarian yang aku sendiri tak tahu bila akan tiba dipenghujungnya...I'm not totally lost tapi adakala macam aku bukan diri aku. Salah kah andai aku cuba menjadi yng terbaik untuk diri aku sendiri. Bukan senang aku nak mengintepretasikan apa yang aku mahu uintuk diri sendiri..

Aku cemburu...cemburu pada kejadian Allah yang maha cantik...Mungkin hampir sempurna apa yang dimilikinya..Sesuatu yang indah bukan selalu kita miliki...dan...aku mahu menjadi yang terindah itu. Hijrah...satu pengorbanan yang more than worth it..

Setiap kali aku berhadapan dengan mereka, seolah sesuatu sedang menjalar perlahan ke segenap ruang tubuhku...nyaman...aman...tenang...Ya..aku mahu seperti itu..

Aku mahu mencari yang terbaik maka aku harus menjadi yang terbaik..untuk agama dan diri aku sendiri....Permudahkanlah urusanku ya Allah....

.....NSSY.....

Friday, January 18, 2008

1st Entry

Assalamualaikum.....

Aku mula merangkak dalam blogweb yang baru....mungkin tak seindah mana bicara ini namun penuh dengan keikhlasan..Insyallah...