Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Showing posts with label rasa. Show all posts
Showing posts with label rasa. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

KEMBALI KE?

Assalamualaikum....


Bicara aku di hening malam ini adalah berkisar lagi hal perasaan aku. Apa ni? Asyik berkisar perasaan ja...aku sedikit bosan dengan ketandusan idea. Tapi aku masih mahu untuk meluahkan apa yang terbuku. Salah ker?


:: sekadar hiasan ::
Andai aku ada pilihan...aku nak jer terus kawen. TAk yah pk banyak2. (heh??) Yer la...maksud aku tak yah la aku bazirkan perasaan aku untuk org yg bukan suami aku. Boleh macam tu?


Aku ni baik sangat ke? (eceh....ke bodoh??) Mampu tak aku sekat perasaan aku. Mulanya ye2 orr je aku cakap dapat sekat. Tapi sekarang mcm dah lain..cepat sgt aku berubah...cepat sgt aku lembut...kenapa aku mcm ni? (soalan bodoh...) malas lah nak jawab...


oklah...aku mmg koman...tak dapat nak kuat sikit. menci ah...malas layan ah....


Adakala aku rasa nak...adakala aku rasa sgt2 takut...ye....aku lemah...aku ngaku arrr....habis??? dah nama aku pompuan...(ceh.....alasan...)


Lenkali la sembang lagi....malas nak taip ar...banyak benda nak cakap...nak luah...esok keja lak...adoiiiiii...pagi lak tuh...Daaaaaaaaaaa

Friday, April 22, 2011

Keterbukaan dalam sebuah Penerimaan.

Assalamualaikum...


Aku adalah antara insan yang bergelar WANITA. Aku adalah wanita yang berpandu arah akan akal dan naluriku sendiri. Akulah insan yang diciptaNya yang berbekalkan impian murni. Sedetik aku mengatur langkah dalam laluan masa yang tidak pernah aku sedari. Laluan yang aku tempuhi diiringi tangisan sebuah sukma. Andai gembira yang aku harungi, itulah aku....namun andai duka yang menanti, aku jualah aku di sana nanti. Antara debar jantung untuk keduanya, aku sering tertipu oleh hasrat hati.


Sungguh...yang datang itu tidak bergolek, yang melayang itu tidak pipih. Aku cuba membuka satu pintu minda untuk terusan berfikir lantas belajar menerima. Terbuka bebas. Desah yang ada dulu masih setia mengiringi juga, masih bisa dicium harum bersama semilir malam. Aku biarkan ia terus menyeri tidur lenaku.


Aku terima semuanya.......dengan keterbukaan hati seluas mungkin. Semoga WASILAH KITA mampu mengikat kita di jalan yang sentiasa diterangiNya



Tuesday, April 19, 2011

M A A F

Assalamualaikum...


Okay, 1st think, i dun hv to worry bout going to de dinner dah...hahaha..yesss!! tak pe...later on aku story hal dinner tu k.


I'm about to bebel on sometin yg tah hape2...baca jer la ek...


here we go...


My life...my pride is broken. Huhuh...ye ke? mmm..ntah ler...Aku adakalanya stress dgn perangai org2 di keliling aku. (ehh...tetiba lak...). Ahishhh...agaknya mmg sukar org sekeliling nak paham aku. Ahhh...PM lah...i dont want to give a damn on it. 


Aku harap semoga semua yg aku impikan tercapai. Insya-4JJI...Kehidupan aku kat KSKB ni sangat bermakna plak di penghujung sem ni. Betul, aku tak punya rakan karib, namun aku ada kawan2 yang sudi berkongsi mencipta memori. Aku rasa syukur sgt2 sebab dianugerahkan Allah, kawan2 yg tak pernah nak bawak aku ke jalan yg  bukan2.dari zaman sekolah. Cuma masa kat KMPP aku sikit terpesong, tapi masih aku dapat ikut jalan betol...semua pun kerana Allah dah anugerahkan aku kawan2 yg baik. Macam tu jugak masa kat UUM. Kawan2 yg aku t ak kan lupa sampai bila2. walaupun hanya 3 tahun....


2,3 hari kebelakangan ni aku rasa macam sedikit serabut + serabai....kenape ntah...susah untuk aku terjemahkan dalam perkataan. Hilang ilham bicara aku..puas jugaklah aku mencari jalan mcm mana nak buang semua  yang ada dalam kepala hotak ni..terasa sendat. Agaknyer, aku mmg perlukan seseorang untuk aku kongsi dan luahkan semuanya...apa yangn terbuku ni perlu aku rungkaikan. Tapi, pada siapa? Siapa yang sudi menadah telinga? siapa yang sudi meminjamkan bahu? tapi apa yg aku nak luah tu? apa pulak yg aku nk cerita?? Parah aku ni...jiwa sedang kacau bilau...


Huhu...tapi....aku tak leh tipu n tak nak tipu....hati aku..................................................boleh tak nak cakap aku malu nak citer?? hahahaha..yekkkk gedix amat. Aku tak mau nak bermusuh dengan sapa2 pun..kalau org  tak mau kawan dgn aku, aku tak kesah, tapi jangan jadikan aku mcm musuh...aku tak nak.....aku sedih....sedih sgt2...walaupun aku kasar...walaupun aku mcm JAY (kata kawan2 aku la...), tapi aku masih tak mau bermusuh...ya...aku ngaku aku ada tak suka org, tapi aku jenis terus terang...tak suka aku cakap tak suka, walaupun org tu tak wat salah...tp aku mintak maaf dgn org tu...aku face to face dgn org tu...salah lagi ke aku??? (xcept 4 kes hr tuh...PM la....). Aku pun manusia biasa gak kot......I'M SORRY...

Friday, April 15, 2011

Today...

Assalamualaikum...


Hari ni aku sedikit kecewa + sedey....aku tak nak amek hati tp masalahnya aku keep on thingkin bout it. Aku terpk kenapa mesti ada org yg layan aku mcm tuh (cehhh..pura2 punya hati yg suci murni...) Aku bukan wat salah dengan dia pun. Napa nak wat aku mcm tu? Yang ada msalahnya, aku dgn adik dia. habis dia plak yg nak lebih2 tu what de hal?? Ingat comei sgt dah ler tu...pehhh 


Astaghfirullahhal'azim.....apa aku ni...ce bawak bersabor...biarlah apa org nak wat, janji jgn balas (nada yg lebih suci murni)


Allah....kiranya benar-benar aku yang bersalah, ampunkan aku. Kiranya aku yang memula sengketa ampunkan aku...namun andainya bukan pulak salah hambaMu ini, maka lembutkanlah hati-hati mereka. Janganlah Engkau biarkan mereka membenci aku. Sesungguhnya aku terlalu lemah tanpa daya upaya dariMu. Kuatkan aku untuk semuanya Allah hurabbi........


Sebenarnya aku sedih, terasa hati, kecik hati (makin kecik ht aku..). Apa salah aku? Apa yang adik dia hasut kakak dia? Apa yg family dia fikir ttg aku? Sebelum ni dah sedaya aku usaha untuk amek hati family dia. Walaupun aku dah tak punya apa2 yg istimewa lagi, tapi aku sebolehnya tak pernah nak bermusuh dengan family dia, sama mcm aku tak pernah nak bermusuh dengan dia. tetap, walau mcm tu pun aku masih dipandang serong...apa la ada pada aku? tolong salah...tak tolong lagi salah...ikut hati aku, nak ja aku msg n ngadu pada adik dia tuh...biar dia tau sikit perangai buruk kakak dia. Geram aku.....tapi bila pk byk kali, wat dono lagi baik...bukan berkurap pun kulit aku. at least aku dah tegur kot...lantak hg la,...kalau nak bawak cerita ttg aku pun...i dont give a dem lah...PM....hahahahahahah...(kunun tak kesah...)


Cuma aku sedikit berbangga dengan diri aku kali ni. Aku lansung tak nangis. selalunya bila sakit hati tak lepas mcm ni, aku akan nangis. Jay ke???? kakakakakakkakakaka....





Monday, April 11, 2011

HELL... NOT TRUE!!

Assalamualaikum...

La..la..la....la...haaaaaaaaaaaaaaa.....

aku cuba jadi yg terbaik dgn sesiapa yg aku kenal. Aku cuba jadi apa yg aku tak nak jadi. aku HIPOKRIT... 

*
*
*

Sebuah kesudahan yang entah di mana penghujungnya. Kerana yang jelas itu hanyalah sebuah kepuraan. Apabila dihitung, yang tinggal hanyalah bayangan kejujuran. Dalam persahabatan ini, dalam perhubungan ini, dalam perjuangan ini, aku cuma sendiri. Makin aku orak langkah, makin sumbang apabila diharap pada sebuah jalinan. Makanya, aku terus mencari DIA dihujung sebuah persinggahan. Aku ingin sekali menoktahkan semua rasa yang ada. Biar terbenam jauh. 

Seringkali yang datang menyapa itu, sedih yang membawa bahagia. Semanis mana senyum di ukiran bibir, tak mampu untuk memadam apa yang bersarang. Jauhlah...jauhlah.....lepaskan aku sendiri, walau arca aku tidak seindah bahasa, walau olah aku tidak semurni jiwa.
*
*
*
AKU INGIN MENJADI DIRI SENDIRI.

SEBUAH RAPUAN (FRAMED STORY)

sALAh tak kalau aku cakap aku tak suka org mcm dia? salah tak kalau aku cakap aku meluat nak kenal org mcm tu? benci gilorr...salah tak lagi andai aku cakap yang aku adakala menyampah ya amat!!!...pellllisss la...apa masalah hang???? blah arr kalau tak suka..hang ingat aku heran??? not at all...BLAH..BLAH...BLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!! HAMEK KAU!! STUPID DUMB IDOT...


Wednesday, March 26, 2008

C I N T A

Assalamualaikum...

Cinta? Benarkah dalam sebuah perhubungan antara 2 makhluk tuhan yang berbeza itu ada cinta? Sejauh manakah kehadiran cinta itu sendiri dalam perhubungan yang terjalin?

Persoalan demi persoalan yang terluah berasaskan sebuah hubungan yang kononya disemai dengan rasa cinta. Benarkah? Jika ya, bukankah terlalu mudah untuk mendefinasikan erti cinta?

Cinta itu suci. Kesucian cinta itu sering ternoda dengan definasi dan intepretasi murahan 'makhluk masa' kini. Bukan aku tidak mengakui hakikat kehadiran perasaan itu sendiri dalam jiwa aku, tapi aku tidak memandang cinta terlalu murah. Aku jua tidak bermaksud untuk menunding jari mengatakan "mereka salah..." Tidak! Tidak sama sekali! Cuma aku terfikir. Kenapa terlalu mudah perkataan itu dituturkan? Kenapa ia terlalu mudah untuk ditunjukkan? Benarkah ia cinta yang dimaksudkan? Bukankah itu hanya sekadar perasaan? Ia bukan cinta.

Cinta itu sendiri terlalu besar pengertiannya buat aku. Tidak mudah untuk aku menerima luahan cinta. Benar! Itu aku. Aku tahu ia benar. Aku yakin apa yang terlahir itu bukan lah cinta. Ia hanya sekadar ilusi dalam perhubungan kasih sayang antara 2 makhluk Tuhan. Ia hanya sekadar "penambah perisa". Ia untuk menyedapkan lagi hubungan tresebut.

Jangan terlalu mudah menutur cinta. Kenapa harus ia dijadikan bahan "pameran"? Bukankah ia sepatutnya tersimpan hanya untuk "dirasai" sebenar-benarnya? Andai ia terlalu mudah dicari, hilanglah serinya. Jangan! Usah biarkan cinta kita terpamer. Cinta itu maruah. Cinta itu jiwa. Cinta itu esuatu yang tidak mungkin berganti. Cinta itu hak Ilahi. Carilah ia pada pemiliknya. Tepuk dada tanya Iman.

.....NSSY.....