Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Thursday, January 27, 2011

Dah semakin senja

Assalamualaikum...


Aku dah semakin mencecah usia 27 tahun. Dah tua ke?..Biarlah apa org kata aku tak kesah. Semakin hari aku cuba untuk terus melatih diri menjadi lebih matang dan lebih bertenaga untuk menghadapi hari esok, lusa dan seterusnya masa depan. Tapi satu perkara yang aku tak mampu untuk menjadi matang dan lebih matang. Soal hati. Sukar sungguh untuk aku mengerti. Tapi aku sedaya mungkin mencuba untuk puaskan hati sendiri. Cuma aku sedikit kesal. Kesal dengan apa yang berlaku. sungguhpun bukan pintaku, namun aku bersyukur. 


Untuk apa aku memperbodohkan diri di usia yang semakin senja ini hanya untuk memuaskan hati org lain? Kerana sayang? Ya...kerana sayang. Cukupkah hanya sayang itu untuk bawa aku lebih jauh?. Mustahil...


Saat dan ketika ini, hati aku sedang bergelora antara rasa ingin mengalah dan menahan marah. Keseimbangan yang tak ingin aku capai. Aku tidak mahu terus mengalah tapi aku juga tidak mahu terus marah. Aku benci setiap kali aku  mengalah aku terus menjadi bahan untuk dia meninggikan egonya. Fahamilah aku. Aku mungkin bukan yang sempurna, namun aku cuba untuk terus kelihatan sempurna. (bodohny aku kan...hahahha...)


Aku tak suka dimaki. AKu tak suka di tengking. Aku tak suka terus-terusan dimalukan. Aku tak suka semua tu....

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Kita

Untuk sekian kalinya, aku tumpahkan air mata pada perkara yang sia-sia. Aku tak mampu untuk elak. Aku hanya perempuan yang seringkali hanyut dengan emosi sendiri. Ketenangan lautan yang cuba aku turuti, tersasar jua. Riak gelora yang cuba aku sembunyikan, makin jelas kelihatan. Aku lemah, kalah pada permainan emosi. Aku tewas.

Dialog semalam masih berputar, jelas di telinga.

"pergi mampos la kau..." 

Apa tidak pernahkah kau terfikir betapa lukanya hati ini dengan sebaris ayatmu? Betapa kecewanya hati ini setiap kali kau berbicara seperti itu?

Dan aku menelan lagi bisa hempedu yang kau hadiahkan itu. Sampai bila?

..........................................................................................................


Kisah hari ni...

Assalamualaikum...


Hari ke dua posting klinikal Ortho OT. Besh...mcm2 ada. Tok sah cita la. Semua tu privacy, private n confidential. Ahaks....yang dapat dirumuskan..BESHHH GILER...\


Aku bukan seorang yang sangat penyabar. Tapi aku tak sudah2 belajar untuk sabar. Belajar untuk menerima semua kelemahan orang tanpa banyak soal. Macam2 aku buat untuk didik hati sendiri ni. Aku telan semuanya sekarang. Susah ke nak nampak semua tu? Perlu ke aku jelaskan satu-satu? Kalaupun aku jelaskan, faham ke? silap2 haribulan, aku dituduh cuba untuk menunjuk2. (itu la yg jadi selalunya..). Penat jugak kadang2 bila asik kena mengalah. Penat bila asik kena berkorban untuk org. Aku bukan malaikat yang lansung tak boleh wat silap. Aku bukan nabi yang mulia sifatnya. Aku ni cuma INSAN. Banyak lemah dari kuatnya...Aku dijadikan dari rusuk yang bengkok..


Aku tak kan lupa...malam ni. Sampai hati.......

Tuesday, January 25, 2011

Nak try...

Assalamualaikum...


Aku dah jupa satu hobi baru. Sebenarnya dah lama aku minat hobi ni tapi aku tak mampu nak dapat. Aku nak beli DSLR camera. Wuhu...besh...bukan nak jadi photographer...just nak amek gambar suka2. Nak isi masa lapang. Atpi camera tu mahal. So sekarang ni aku tak mam pu nak dapat lagi. Aku cuma mampu tgk dari internet n survey2 harga di pasaran. So sekarang ni, paling murah aku boleh dapat dengan bajet 2k. Insyaallah..tunggu gaji pertama aku la kot.




Aku enjoy tgk pics yang cantik2, pic haiwan, pic bunga n pic alam...pic org tu.....kureng sket la...nevermind..dah dekat dah nak capai impian aku.


Aku ni bukan sorang yang simple. Aku ngaku, aku agak complex. Aku suka banyak fikir. Aku suka berimaginasi. Agak2, ada ke yang suka org mcm aku ni? Ntah la...lantak la dengan org. Yang penting, aku tak mintak beras org (mcm kwn aku cakap..haha). Aku rasa aku nak sambung blajar lagi pasni. so aku kena ada DSLR cam. yezzz!!! Nanti masa grad pun aku akan pastikan aku ada satu. Nak amek gambar banyak..hahahah...DSLR CAM..wait for me ya...

Sunday, January 23, 2011

stress ke??

Assalamualaikum...


Wuhu...apa nak story ni? Ha...semalam konflik dalam kelas. dah la official clas yang last. Lecere plak merajuk, nangis2 terasa hati ngan kelas aku. Ye aku faham dia dah berusia. Tapi masih ada gak yang tak faham, tak mau faham n pura2 tak faham..kot..Aku ni mcm biasa la...nangis..Bosan arr asik kena nangis. Bukan ada org suruh tapi mata ni tak leh nak tahan dah. Empangan ni tak larat nak tampung  air dah. Susah sangat ke nak jaga hati org tua??? hishhh....


Ada la mereka2 yang terasa bila dah macam tu. bila dah kena GO TO HELL. dah kena BODOH. Sendiri mau ingat la..Bila dah ada org mengata, baru terasa nak sedar. Baru reti nak cakap "sekali wat jahat bukan selamanya wat jahat.." hahahaha...tergelak aku baca. aku ulang..BACA.. k...(paham2 sendiri lah aku baca kat mana.) Masalahnya...dari sem satu sampai sem 6..bukannya sekali...dah berkali2 wat jahat. tapi bagi dia tak jahat la sebab belum pernah kena tangkap. sekali dah kena tangkap baru terasa diri tu wat jahat. tu pun sebab semua org marah..hahahahhaah...sian mereka-mereka itu. 


Aku marah sebab ada kawan2 aku yang nangis. Nangis sebab lecere sumpah seranah. siap ugut nak wat dorang tak layak masuk exam. Hanya sebab segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri tu. eeee...geram. Tapi tak leh nak salahkan lecere tu la..Dia pun tension gak. Dia nak jaga 163 org. Sedangkan jaga 10 anak pun susah, apatah lagi nak jaga seramai tu. Sebab tu aku respek kawan2 aku yang jadi cikgu...susah nak jaga anak org. tak leh simply2 nak tangan, nak cubit...kang kena saman. (Salute spring kat ila, pejah...n yg lain2). sedih tau bila cikgi kita nangis sb kita...huhu...


So...esok dah nak mula stress dah..aduuuuuuui..tggu je lah keputusannya nnt...daaaaaa