Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Thursday, February 24, 2011

Egonya Safinah ni...

Assalamualaikum…

Aku rasa serabut sangat mlm ni…(sebenarnya tak la sangat..tp aku yg paksa diri jd serabut.) Aku ni ada satu perasaan ego yang aku bina untuk tipu diri sendiri bahawa aku tak sedih.  Ego tu agak kuat la dan berjaya membuat luaran aku tampah tak sedih dan jugak Berjaya tipu dalaman aku skit2. Hahahah,,ada jugak kawan2 yang mempersendakan perasaan aku ni…tapi aku tau tu semua gurauan. Untuk makluman, kadang2 aku sedikit terasa hati. Touching la sangat…kuang3…(Mampos kena gelak pasni..). Adoiiiiiiiii….Ye la aku dah tua….
Ni antara dialog2 yang sering berkumandang bila aku melawan kesedihan.

ROUND 1 (sebelum time tidoq)

AngelMe: Kenapa sedih ni? Jangan la sedih2…tak best la…
DevilMe: Habis nak soh aku wat mcm mana? Aku pun manusia jugak..arghhh…bosan ah…
AngelMe: Astaghfirullahhal’azim….sabar la…jgn layan sangat…setan semua tu…Ingat Allah banyak2.
DevilMe: Nak dengar lagu LP la…hilang sikit stress
AngelMe: Tengok tu…dah tau lagu2 mcm tu tak bagus nak jugak dengar…simpan jugak lam lappy ni…nasyid kan ada…biar tenang sikit jiwa tu..buka surah alquran..dengar la…
DevilMe: Ala…dgr la LP dulu…pastu br dengar nasyid tu suma…

END OF ROUND 1
The winner is DevilMe…maka aku pun dengarlah lagu2 kegemaran aku by Linkin Park saat2 aku berduka lara…cehh…kunun hilang stress..pigi rah…

ROUND 2 (masa nak tidoq)
DevilMe: Kenapa dia sanggup wat aku mcm ni?
AngelMe: tgk…dah mula la tu…
DevilMe: aku nak sangat dia rasa semua yang dia wat kat aku..biar dia tau..
AngelMe: nak berdendam ka?...sampai bila? Dapat apa dendam mcm tu?
DevilMe: mmg aku dendam..aku nak sangat balas semuanya..nak dia sakit hati..
AngelMe: Cuba  mengucap banyak2…hish…dah hilang arah…dah buta ka mata hati tu? Jangan ikut marah tu..sedar diri sikit. Lawan la…
DevilMe: Aku bosan asyik kena lawan semua ni…aku sedih…aku tension..serabut..hati aku terluka…aku kecewa..ada org pk aku? Sapa yg pk ttg aku?
Aku pun menangis….menangis…menangis…sampai bengkak mata…(alasan: aku kan pempuan…huhu)
AngelMe: Sabarlah…sabarlah…sabarlah….Allah tak kan sia2kan ketabahan insan…yakin la dengan janji Allah…syukurlah ni baru sikit..tak besar mana pun ujian ni…tak kan nak mengalah…takpelah…nangis la….hilangkan semua sedih tu…
Aku teruskan menangis….lepas tu aku bangun p amek wuduk..solat sunat hajat…tenangkan hati…dan aku mintak sungguh2 dengan Allah, agar aku dapat pejam mata dengan tenang dan dapat tidur yang nyenyak…

END OF ROUND 2
AngelMe is the winner at last…(but not least)…dan waktu ni muka jam dah menunjukkan hampir sepertiga malam hidup aku berlalu dengan PEPERANGAN DALAMAN. Aku lelap pukul 3 lebih before dawn..

INi memang betol2…bukan rekaan atau cobaan…ini yang aku hadapi setiap malam…(simtom depression)..berperang dan cuba untuk menang…dalam kedua-dua pihak..dan tugas ego aku adalah bila aku bangun esok pagi aku dah lupa sekejap semua tu..Damn…

0 comments: