Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Wednesday, June 1, 2011

34 patah kata

Assalamualaikum...


34 patah kata yang dituturkan malam ini. Mungkinkah mampu mengusik naluri kebimbangan atau sekadar cemburu? Waktu dulu, itu sering juga berlaku. Cumanya, tidak di atas kesedaran. Andai di imbas pasti sama. Kesalnya ia seolah mengungkit andai terus di bangkit. 


Bertuahnya aku andai yang menuturkan kata itu sedar bahawa dia sering memperlakukan aku sebegitu rupa. Yang menjadi kebencian aku saat ini adalah aku tidak mampu untuk menyebut semua itu di depannya. Sungguh aku terkilan dengan semuanya. 


Payah sungguh untuk menutur kebenaran andai kebenaran itu di ungkap sebagai pencetus masalah. Dilema ini tidak akan pernah habis. Cubalah fahami aku. Tapi aku dalam kebencian yang teramat sangat untuk terus merayu untuk difahami walaupun itu yang sebenarnya menjadi keperluan. Bahasa apakah yang paling  mudah untuk aku luahkan permintaan nan satu itu? 


Bahasa jiwa kita amat berbeza. aku cuma mengimpikan sebuah kehidupan yang saling melengkapi. Kelebihan melengkapkan kekurangan dan kekurangan melengkapkan kelebihan. Indah bukan? 


Masih jauh......



0 comments: