Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Thursday, May 12, 2011

DAN BILA NANTI...

ASSALAMUALAIKUM...

Awal kata pembuka bicara, meleretkan aku pada beribu ungkapan yang bermain di benak. Sesungguhnya proses dari menerima ilham hingga terciptanya ungkapan adalah satu proses yang memerlukan sifat kreatif. Makanya, dapatlah diandaikan bahawa aku ini seorang yang suka berkreatif. Mungkinkah dan betulkah begitu?

Getaran melodi yang melagukan irama, bunyinya begitu indah. Kesinambungan apakah yang cuba aku terbitkan disini? Hanya jauhari mengenal manikam. Andai terhurai yang tersirat itupun belum pasti semuanya difahami. Sukar benarkah untuk mendalami jiwa seorang pemuitis? Persoalannya, pemuitiskah aku? Tidak perlu untuk aku definasikan disini siapakah pemuitis. Yang pastinya apa yang aku titipkan adalah sesuatu yang bersangkutan dengan kehidupan. Selalunya, yang dirancang itu tidak pernah muncul ilhamnya.

Aku dalam kebenarannya sedang mencari dahan untuk aku bergantung, mempelajari bahasa nan indah. Aku cuba untuk terus menyelami lautan sastera yang terlalu dalam, terlalu jauh dasarnya untuk aku cecah. Aku bukan periwayat bahasa. Aku hanyalah seorang NSSY yang cuba melatih diri untuk terus berbahasa. Aku ingin menyentuh naluri insan lain dengan keunikan rahasia yang tersirat dalam bahasa yang aku hirup. Aku kira ianya adalah kebanggaan untuk aku andai ada insan yang sedang memahami bahasa NSSY. 

Usaha in tidak akan mati. Aku nekad. Bahasa NSSY akan terus hidup dalam kebugaran. Aku tidak mengharap nama NSSY menjadi sebutan, jauh sekali mengharap NSSY sebagai SASTERAWAN. Apa yang aku inginkan adalah kepuasan dalam melantunkan keindahan BAHASA.

**NSSY**
.
.
.


**Nur Bahtera**

0 comments: