Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Wednesday, February 2, 2011

Bacalah...

Assalamualaikum…

Aku pun seorang wanita, perempuan atau gadis yang mengimpikan sebuah kehidupan yang memberi erti dalam hidup aku. Aku inginkan seorang pemimpin keluarga yang mampu membimbing aku dalam melayari sebuah kehidupan berkeluarga. InsyaAllah. Aku  yakin pasti ada yang terbaik untuk aku dari Allah. Apa yang Allah berikan untuk aku semuanya adalah rahmat dan kasih darinya.
Mungkin apa yang aku inginkan hari ini tidak dapat aku miliki tapi semuanya sudah tertulis dalam suratan azali untuk aku. Aku cuma watak. Sepatutnya tiada yang perlu aku kesalkan dan aku sedihkan. Bukankah semuanya adalah milik Allah jua? Ya…Cuma adakalanya aku seakan buta untuk menilai apa yang betul dan apa yang salah. Aku biarkan nafsu dan amarah menjadi raja di hati. Salah aku jugak. Siapa suruh aku pandang enteng suruhan Allah. Walau apa pun, aku tetap bersyukur atas semua yang aku lalui dari dulu hingga kini. Kasih sayang Allah teramatlah luas dan besar untk hambanya.
Sejak dari  kejadian itu, aku sedaya upaya bangun dan terus bangun. Alhamdulilah. Aku berjaya…dan aku yakin ada ujian yang lebih besar yang sedang menanti aku di hadapan. HAti aku rapuh, rapuh sangat. Aku lemah untuk lalui semua ini sekali lagi. Dan aku mungkir janji aku pada Tuhanku. Walaupun begitu, aku terus untuk merasai perasaan itu sekali lagi. Aku tidak pernah serik untuk melabuhkan sebuah perasaan kasih pada seorang lelaki. Hakikat yang aku lalui sekarang masih sama. Aku mengharapkan sebuah kesetiaan dari seorang yang aku harapkan bakal menjadi raja dihati. Aku tidak dapat meramal apa yang akan mendatang kelak. Namun, apa yang boleh aku katakan sekarang, dia bukan dahan kukuh tempat aku berpaut. Mungkin esok atau lusa dahan itu akan patah dan aku perlu mencari dahan lain. Cuma buat masa sekarang, hanya itu yang aku mampu, namun jauh di sudut hatiku, aku berharap itu adalah yang terbaik untukku. Itu kata hati aku. Aku tidak dapat membaca apa yang ada dihatinya saat ini. Ya…dia ada menjanjikan masa depan untuk aku. Namun..ah…dia terlalu muda untuk berfikir secara serius. Dia terlalu menginginkan keseronokan tanpa mengetahui sejauh mana hati aku sedang mengorak langkah saat ini. Biarlah. Aku lepaskan andai dia bukan untukku. Pergilah…
Kalau ada jodoh kita, pasti tidak kemana. Kalau Allah dah izinkan pasti jadi.

Tulisan ini bukan sekadar kangkaian kata yang akan menghilang. Tulisan ini adalah ungkapan perasaan yang terukir hidup pada setiap bait hurufnya . Aku mengharapkan dia faham hati aku dengan setiap yang aku karangkan, namun mengertikah dia?

Buatmu, fahamilah aku seadanya.

M E S E J

Assalamualaikum...


Andai kamu tahu apa yang terbuku di hati ini untuk kamu, pasti kamu menyesal sebab sanggup wat aku mcm ni. Kamu tak cuba untuk terus memahami aku walaupun kamu tak pernah faham aku (itu kata kamu..). KAmu sia2kan apa yang aku wat untuk kamu. Kamu rasa aku tak boleh terima kamu padahal diri kamu yang tak boleh terima kelemahan aku lansung. Kamu nak aku jadi sempurna untuk kamu. Kamu nak aku jadi lilin untuk kamu. Tapi kamu abaikan aku. Kamu biarkan aku bentuk diri aku sendiri. Kamu tak pernah hargai semua yang aku korbankan untuk kamu.


Aku sedih....U'll regret it...for what u've done.

Sunday, January 30, 2011

Aku sedang menunggu..

Assalamualaikum...


Aku pegang janji dia untuk hari ni. Aku sedang menunggu untuk dia kotakan janjinya. Aku sedang bersabar dengan payahnya lagi. Kiranya sebuah kesabaran aku harus dibayar dengan air mata, juga aku masih rela. Namun aku juga cuba berjanji dengan diri sendiri untuk beredar dari hidupnya andai janji hari ini dengan mudah dimungkiri...Aku menangis lagi. 


Sungguh jiwa aku tertekan. Sungguh jiwa aku akan terluka lagi andai dia memungkirinya. Di sini aku tunjukkan kelemahan aku sebagai seorang SAFINAH. 


Ila...jangan marah aku. Aku tau hg marah. Aku tau hg geram dengan aku sb aku tak mampu nak jadi kuat. Aku cuba La. Aku sungguh2 cuba. Aku janji tak kan hubungi dia lagi andai dia mungkir janji dengan aku hari ni. 


AKU SEDANG MENUNGGU...................................

Thursday, January 27, 2011

Dah semakin senja

Assalamualaikum...


Aku dah semakin mencecah usia 27 tahun. Dah tua ke?..Biarlah apa org kata aku tak kesah. Semakin hari aku cuba untuk terus melatih diri menjadi lebih matang dan lebih bertenaga untuk menghadapi hari esok, lusa dan seterusnya masa depan. Tapi satu perkara yang aku tak mampu untuk menjadi matang dan lebih matang. Soal hati. Sukar sungguh untuk aku mengerti. Tapi aku sedaya mungkin mencuba untuk puaskan hati sendiri. Cuma aku sedikit kesal. Kesal dengan apa yang berlaku. sungguhpun bukan pintaku, namun aku bersyukur. 


Untuk apa aku memperbodohkan diri di usia yang semakin senja ini hanya untuk memuaskan hati org lain? Kerana sayang? Ya...kerana sayang. Cukupkah hanya sayang itu untuk bawa aku lebih jauh?. Mustahil...


Saat dan ketika ini, hati aku sedang bergelora antara rasa ingin mengalah dan menahan marah. Keseimbangan yang tak ingin aku capai. Aku tidak mahu terus mengalah tapi aku juga tidak mahu terus marah. Aku benci setiap kali aku  mengalah aku terus menjadi bahan untuk dia meninggikan egonya. Fahamilah aku. Aku mungkin bukan yang sempurna, namun aku cuba untuk terus kelihatan sempurna. (bodohny aku kan...hahahha...)


Aku tak suka dimaki. AKu tak suka di tengking. Aku tak suka terus-terusan dimalukan. Aku tak suka semua tu....

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Kita

Untuk sekian kalinya, aku tumpahkan air mata pada perkara yang sia-sia. Aku tak mampu untuk elak. Aku hanya perempuan yang seringkali hanyut dengan emosi sendiri. Ketenangan lautan yang cuba aku turuti, tersasar jua. Riak gelora yang cuba aku sembunyikan, makin jelas kelihatan. Aku lemah, kalah pada permainan emosi. Aku tewas.

Dialog semalam masih berputar, jelas di telinga.

"pergi mampos la kau..." 

Apa tidak pernahkah kau terfikir betapa lukanya hati ini dengan sebaris ayatmu? Betapa kecewanya hati ini setiap kali kau berbicara seperti itu?

Dan aku menelan lagi bisa hempedu yang kau hadiahkan itu. Sampai bila?

..........................................................................................................


Kisah hari ni...

Assalamualaikum...


Hari ke dua posting klinikal Ortho OT. Besh...mcm2 ada. Tok sah cita la. Semua tu privacy, private n confidential. Ahaks....yang dapat dirumuskan..BESHHH GILER...\


Aku bukan seorang yang sangat penyabar. Tapi aku tak sudah2 belajar untuk sabar. Belajar untuk menerima semua kelemahan orang tanpa banyak soal. Macam2 aku buat untuk didik hati sendiri ni. Aku telan semuanya sekarang. Susah ke nak nampak semua tu? Perlu ke aku jelaskan satu-satu? Kalaupun aku jelaskan, faham ke? silap2 haribulan, aku dituduh cuba untuk menunjuk2. (itu la yg jadi selalunya..). Penat jugak kadang2 bila asik kena mengalah. Penat bila asik kena berkorban untuk org. Aku bukan malaikat yang lansung tak boleh wat silap. Aku bukan nabi yang mulia sifatnya. Aku ni cuma INSAN. Banyak lemah dari kuatnya...Aku dijadikan dari rusuk yang bengkok..


Aku tak kan lupa...malam ni. Sampai hati.......

Tuesday, January 25, 2011

Nak try...

Assalamualaikum...


Aku dah jupa satu hobi baru. Sebenarnya dah lama aku minat hobi ni tapi aku tak mampu nak dapat. Aku nak beli DSLR camera. Wuhu...besh...bukan nak jadi photographer...just nak amek gambar suka2. Nak isi masa lapang. Atpi camera tu mahal. So sekarang ni aku tak mam pu nak dapat lagi. Aku cuma mampu tgk dari internet n survey2 harga di pasaran. So sekarang ni, paling murah aku boleh dapat dengan bajet 2k. Insyaallah..tunggu gaji pertama aku la kot.




Aku enjoy tgk pics yang cantik2, pic haiwan, pic bunga n pic alam...pic org tu.....kureng sket la...nevermind..dah dekat dah nak capai impian aku.


Aku ni bukan sorang yang simple. Aku ngaku, aku agak complex. Aku suka banyak fikir. Aku suka berimaginasi. Agak2, ada ke yang suka org mcm aku ni? Ntah la...lantak la dengan org. Yang penting, aku tak mintak beras org (mcm kwn aku cakap..haha). Aku rasa aku nak sambung blajar lagi pasni. so aku kena ada DSLR cam. yezzz!!! Nanti masa grad pun aku akan pastikan aku ada satu. Nak amek gambar banyak..hahahah...DSLR CAM..wait for me ya...

Sunday, January 23, 2011

stress ke??

Assalamualaikum...


Wuhu...apa nak story ni? Ha...semalam konflik dalam kelas. dah la official clas yang last. Lecere plak merajuk, nangis2 terasa hati ngan kelas aku. Ye aku faham dia dah berusia. Tapi masih ada gak yang tak faham, tak mau faham n pura2 tak faham..kot..Aku ni mcm biasa la...nangis..Bosan arr asik kena nangis. Bukan ada org suruh tapi mata ni tak leh nak tahan dah. Empangan ni tak larat nak tampung  air dah. Susah sangat ke nak jaga hati org tua??? hishhh....


Ada la mereka2 yang terasa bila dah macam tu. bila dah kena GO TO HELL. dah kena BODOH. Sendiri mau ingat la..Bila dah ada org mengata, baru terasa nak sedar. Baru reti nak cakap "sekali wat jahat bukan selamanya wat jahat.." hahahaha...tergelak aku baca. aku ulang..BACA.. k...(paham2 sendiri lah aku baca kat mana.) Masalahnya...dari sem satu sampai sem 6..bukannya sekali...dah berkali2 wat jahat. tapi bagi dia tak jahat la sebab belum pernah kena tangkap. sekali dah kena tangkap baru terasa diri tu wat jahat. tu pun sebab semua org marah..hahahahhaah...sian mereka-mereka itu. 


Aku marah sebab ada kawan2 aku yang nangis. Nangis sebab lecere sumpah seranah. siap ugut nak wat dorang tak layak masuk exam. Hanya sebab segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri tu. eeee...geram. Tapi tak leh nak salahkan lecere tu la..Dia pun tension gak. Dia nak jaga 163 org. Sedangkan jaga 10 anak pun susah, apatah lagi nak jaga seramai tu. Sebab tu aku respek kawan2 aku yang jadi cikgu...susah nak jaga anak org. tak leh simply2 nak tangan, nak cubit...kang kena saman. (Salute spring kat ila, pejah...n yg lain2). sedih tau bila cikgi kita nangis sb kita...huhu...


So...esok dah nak mula stress dah..aduuuuuuui..tggu je lah keputusannya nnt...daaaaaa

Friday, January 21, 2011

I'm going to be in the service soon...

Assalamualaikum...


"Dah tak lama dah"...ayat ni yg aku selalu gunakan untuk pujuk hati aku yang sedang berperang. Dengan apa?? hmm...berperang dengan perasaan la. Banyak yang akan aku lalui dan of coz.. totally diffrent from apa yg aku lalui skrg. TAkut pun ye jugak. Terasa kehilangan pun ada. Hilang apa??? huhu...rasanya apa??..tak nak jawab la..Tapi walau pun aku akan rasa kehilangan, aku dah prepare diri ni dah..mentally la..aku perlu semua tu...


Sekarang aku dah tanam sebuah cita2 murni. Semuanya sebab pengajar aku. Biarlah org nak cakap aku hipokrit pun. Aku sayang pengajar aku. Walau kena marah kena maki...Tanpa dia sapa la aku. memang ada pengajar yang aku tak suka...aku tak nafi...tapi sekurangnya aku masih tau menghormati dia. Hormat dia sebagai orang tua, sebagai guru. yang aku tak suka tu attitude dia. Apa, ingat lecere tak dak perangai buruk ke? Ada la...kalau tak...dia bukan manusia la...


Minggu depan aku akan mula latihan clinical..kat HTAR...OT...huhu...Aku harap apa yang aku dapat adalah sesuatu yang bg aku manfaat...bagi aku ilmu...bagi aku ilham untuk aku apply dalam hidup aku nanti..Insyallah...


Aku rasa banyak sangat nak menulis saat ni. Tapi aku tak tau nak mula yang mana satu. Flight of ideas...hahahaha...tapi...tunggu la nanti...aku perlukan ILHAM...

Saturday, December 11, 2010

mood : tak tau....~~

Assalamualaikum....

Aku sendiri saat ni dalam bilik ni. Perasaan aku?? sukar ditafsir. Aku nak meluah. Aku nak ada org dgr tp sapa?? AKu cuba untuk damaikan hati ni..sekjap ok sekejap tak...

Aku suruh dia cari n read my blog. tp dia tak penah wat pun..alasan dia. "tak faham bahasa2 ni..." tp bila org lain..sibuk sgt nak amek tau..simpan alamat blog. Sampai hati!!
I wonder la...sejauh mana dia percaya kat aku? atau sebenarnya dia tak kisah lansung dah. sb tu di bg alasan dia percaya pada aku.
fuhhh...penat jiwa ni. dia nak tipu aku??..Lantak lah...biar la dia. The best way to hold on sumone is to let them go...so...just go...go....aku lepaskan..
Mungkin suatu hari nnt dia sedar aku tak penah main2 dalam semua hal ni...kalo dia ras ada org lain lagi baik dari aku yg sesuai untuk dia..maka carilah...
JUST GO....................