Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Thursday, March 31, 2011

Sebuah kesinambungan...

Da Besh...(^_^)
Assalamualaikum...


Bermacam-macam perasaan yang bergelumang dalam jiwa dan sanubari aku saat ni.. Banyak kot nak pk (sentiasalah...) cehhh..poyo ah..meluat lak aku dgn diri sendiri bila cakap mcm tu. 


Semalam ada presentation. kebetulan puan lecere tu pun membebel la...pot...pet..pot..pet.. serba banyak. Dia cakap lagi muka group aku ni tak nampak stress..hehhhh, tak stress?? (habis kerut dah muka aku depan dia...hikhik..) Biarlah...dia lecere...


Sememangnya aku tak ingin untuk melewati daerah stress, sungguh pun itu yang aku harapkan. Bukan untuk takutkan diri sendiri, cuma sebagai tanda amaran aku nak BERPERANG. Tapi...biarlah dulu....


KTM Sg.Buloh
Tanda2 aku tak stress adalah buktinya yang jelas ini jua. Pics yg sempat di 'PUKUL' sepanjang perjalanan mengukur SG.BULOH - KL.


Hampir  membengkak jua lah adanya kaki ini akibat berderap langkah mara...hmm...(cuma tak bwk FSMO + M16 jer..) Heheheh...






Bukan senang nak round KL seharian mcm ni.. Penat tu mmg arr..tp superrbbb la (cam knl ayat ni..=P) 


@ Pavi stairs..

Semua2 mereka yg ujud dlm pics ini bukan lah rekaan semata2, dimana ia tidaklah di edit, di crop atau sebagainya. Semua yang betul2...bukan cobaan mahupun testing.






Wahhhhhhhhhhhhhhh best kan hidup klu bleh jalan sepanjang masa....(MIMPI LA SAMPAI SUDAH...)
di belakang # 7
 Akhirnya.........terpahat sebuah lagi kenangan....AKU DAN MEREKA.


Wednesday, March 30, 2011

coretan sebuah rentetan..

Assalamualaikum...



  • Suasana hari ni panas di luar, tapi redup di dalam. Suasana di lokasi plak sedikit dingin. Terlalu ramai dengan manusia. Pelanggan plak semakin berkurangan. Orang atasan, orang bawahan...orang2 yg pakar. Semuanya sibuk (atau pura-pura sibuk??no body knows..). Aku plak, bertugas dengan mereka yg sedikit PENIPU (turut serta la aku ini...)..everythin is about bisnes...goshhh


  • Aku lari sana, lari sini...terus lah berlari..untuk setiap jam berterusan dalam pengkhususan yang telah ditetapkan. Mujur ada Junior Blue yang banyak membantu. Thanks ya....


  • Aduh....mana sang hujan, tak mahukah ia menyimbah bumi yang sedang membahang tika ini? Menyejuk suhu sedia ada. Bahang.


Tuesday, March 29, 2011

My Bros...My Frens...My Besties...

Assalamualaikum...

Sem ni keja aku asik hang out jer...adoiiiiiii...bahaya tolllll....bukan tak risau hal exam, tp nak enjoy sblm kena risau sal exam...

Masa aku kat umah, bila adik aku yg no 3 tu bersiap2, pakai smart2, wangi2...aku akan tanya 
"hg nak p mana?, hg nak p ngan sapa?, nk p watpa?, sapa lagi p?...." 
hahahaha...aku tak tau la dia stress or tak..tp aku berbuih tanya...dia senyap ja sambil terus bersiap..bila dah siap dia tanya aku balik
 "kenapa kak??" 
adoiiiiiiiiiyaii...pastu aku cakap 
"nak ikut...hehehehe". 
Nampak mcm main2 tp mmg aku serius nak ikut. patu lagi dia akan ckp 
"hg p la ajak kwn2 hg keluaq..."
Aku nak join dia reunion kelas dia pun dia tak bagi…dia cakap kakak org lain tak ikut pun…cehhhhh….
Adik aku....tp kdg2 dia ada ajak aku join dia. Mcm hari tu, aku join kwn2 dia ronda2...tp sekejap ja..pastu dia hantaqnya aku balik umah...dia kata dia tak balik mlm tu...grrrrr...geram aku. 

Hmm...itu bukan point yang aku nk cita la...(berkenaan dgn tajuk x?...). Point aku, aku nk ckp kat KSKB ni aku ada jugak adik2 JANTAN yg aku boleh ikut diorang jalan2. Selalu aku hang out dgn budak2 tu lah..JANTAN2 yg tak kesah klu AKAK ni nak ikut.. Pantang diorang sebut nak keluaq aku 'nak ikuttttttttt' jer... n also my sweeetooo rumate (sweet la sgt...)Thanks so much la..bcoz of them, i do cherish every moment i spent lately.

Kawan2 aku asik tanya “bila bleh mkn nasik minyak hg?” aku rasa mcm nak je jwb “aku tak mau kawen” hahahaha…(cuak gak kdg2 btol2 tak kawen..)…tak la stress. Aku rasa sedikit enjoy lah being single ni…Eleh…sibuk soh aku kawen...nanti2 la…lalalalalalala….
Aku sedikit bz la sem ni…tp yg pelik tu sempat plak lagi hang out. Ada jugak mereka yg berbunyi “skrg ni awk asik keluaq jer kan…bleh dikatakan tiap hari…” ok…tetttttttt. terSENTAP lah di situ. Q-ry jugak lah…care or jelessss??? Hakhak…ngehh..

Pic ni describe..one of our most memorable moment together lah..byk lg...tp nk upload ni dulu..


Us...@ pavillion
Eh…dah lambat lah…nak p mandi. Time to work lah…daaaa.

...KEBODOHAN SI LUNCAI...

Assalamualaikum...


Bodoh si luncai terjun dengan labu-labunya....bodoh si luncai tak bertanya diri, bodoh si luncai otak letaknya di kaki. Bodoh si luncai sanggup lemas dari terus berlari....luncai...luncai...lantak hg la...


Sekeras-keras kayu, patah...selembut-lembut kain tak kan patah. tapi lembutnya kain tak dinilai.Itu la.... Salah dimata tak nampak, salah tafsiran tak di nilai.
Aduhhh....Luncai, kenapa marah bila org lain pandai berenang? Kan dulu kamu yg lebih pandai berenang....


Luncai tunjukkan lagi kebodohannya...dengan bangga meludah ke langit. sudahnya.....??


haaaaaaaaaaah...tought block sekejap.


Nak marah...nak ketawa. Apa semua ni?? tu la org tua2 kata, gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut jelas. bila sebesar gajah yang sering jadi tempat berlindung panas tu hilang, baru tersedar, terduduk nak cari tempat berteduh. Nak lempang pun terasa ada. Salah kah? 


Uhuks...sampai bila tah...................................

Monday, March 28, 2011

BABAK KEHIDUPAN SERIUS 2

Assalamualaikum...

Sejauh mana camar terbang, pasti pulang ke sarang....

Perumpamaan yang tiba-tiba terbit dari jiwa yang sedang gelodak di lambung badai. Bukan teringin berumah di tepi pantai, cuma sesekali rindu pada bayu laut, rindu pada deruan ombak. Semuanya di sana, membuat aku bahagia walaupun masih ada derita yang menyapa. Aku sendiri kurang arif, namun aku masih sedar diri..aku tak mampu menjadi pendendam. Namun bukan pula aku mendongak langit, memuliakan diri. 

Sesekali terasa ingin untuk terus membiarkan hati bertapa, tapi apalah jua yang di harap padi seberang...tidak mungkin selamanya mahu melukut di tepi gantang. Biarlah....sekali air sungai melimpah, sekali pasirnya berubah.


Saturday, March 26, 2011

K I T A

Assalamualaikum...

Aku bermimpi…..

Saat aku pejam lena 
dia tiba
Saat aku renung matanya 
dia berbicara 
Saat aku tatap wajahnya
dia bersuara

Dia…
Insan yang sentiasa aku damba
Hadir bersama kuntum doa
Yang kian mekar berbunga

Aku terjaga…

Nun senja merah…
Di ufuk barat
Mentari cerah hampir terbenam
Pemandangan indah
Memberi isyarat
Sudah lama TUAN dilamar petang…

<NUR BAHTERA>

Friday, March 25, 2011

BABAK KEHIDUPAN SERIUS 1

Assalamualaikum...


Melewati hari-hari yang semakin tiba di penghujungnya, aku semakin berani untuk terus hidup sendiri. Melupakan sebuah kenangan bukanlah sesuatu yang begitu mudah untuk aku lakukan, namun semuanya hanyalah kenangan silam kini. 


Hari ini bukan lah jua sebagai penentu hari esok yang masih jauh dari pandangan mata. Seupaya mungkin aku cuba untuk menterjemahkan sebuah bahasa kehidupan yang semakin mati itu. Akhirnya, apabila kegagalan membenteng utuh maka biarlah....Sebuah debaran yang dulunya hadir setiap kali waktu ini, terus mati di situ. Mungkihkah kembali berdenyut?? 


Mana mungkin sejemput rindu nak menyangkah segantang bahagia. Aku akur pada babak kehidupan, tidak mungkin hadirnya sayang hanya kerna sesekali terkenang. Kita punya watak yang berbeza di atas pentas yang sama. Apabila esok datang kita masih lagi pewatak yang sama...tiada guna juga kita sesal pada perkara lama.
Sebuah kenyataan tetap kenyataan.

Wednesday, March 23, 2011

aku, aku dan seterusnya masih aku..

Assalamualaikum..

....dan sebuah permulaan pasti ada pengakhiran. 

Aku nak ckp banyak hal aku. suka untuk aku ceritakan bahawa aku adalah seorang yang sangat particullar about sumtin. tak tau knp...anak sulong kot. Dengan adik2 kt umah aku suka bg nasihat. Jangan melawan...sebab aku akan nangis. Agaknya sb tu la bila aku buka mulut secara serius, adik2 aku senyap ja semua. dengar ja...mcm anak yang taat. hakhakhak....Kalau ada yang tinggi suara, aku cepat sgt serap. makan dalam...pastu nangis. Adik aku yang no 3 selalu back up aku. nak soh aku stop nangis dia mula wat2 naik angin. Marah pada adik beradik yg len..kakakaka...lawak ah..tapi aku sayang adik2 jantan aku kat umah n my 2 little sis...semuanya aku yg jaga...kt kg aku tak dak kawan sgt. sb aku suka lepak kt skolah dr pg sampai ptg lah...

Bila ada masa aku tersenyum sensorang tu meaning aku tgh ingat adik2 aku la kat umah nun. (^_^). AKu tak pernah cakap aku sayang tapi aku selalu ikut apa yang adik2 aku nak selagi aku mampu. Aku tak kesah ikat perut semata2 nak berbelanja utk adik2 aku..asalkan rajin blajaq..tak ponteng skolah. Tu ja syarat yg aku selalu bg n pesan. NAk nset? Bleh..aku nak sekurangnya semua subjek kredit. Nak baju? Bleh…BI score A, kurang2 pun C (sb aku tau adik2 aku lembab bahasa omputih..). Nak kasut bola mahal? Bleh..Jgn ponteng kelas. Nak macam2? Bleh…exam kena dapat dlm no 1-10 ja dlm kelas…tak mau ada merah. Nak makan tu makan ni..tak leh ponteng ngaji quran. Semua syarat2 aku untuk kebaikan adik2 aku jugak..tak pernah aku niat untuk susahkan adik2 aku..walaupun aku asik bising.

Orang kata, klu kita stress or perlu tempat bercerita cari la kawan2. Tapi sanggup ke kwn2 nak dgr semuanya cerita hanya tentang diri aku sendiri?? Tak kot kan..klu baru2 tu maybe la bleh layan n rasa seronok dengar. Tapi kalau dah hari-hari asik dengar cita aku ja mau bernanah telinga kwn tu..Hal masalah peribadi lagi nak cita. Hari2 tak kan nak bagi nasihat yang sama ja? Tak bosan?

Tapi hakikatnya aku masih perlukan tempat untuk aku berkongsi dan bercerita untuk lapangkan hati yang sendat, padat dan ketat ni. Pada siapa???..bila bermulanya rasa yang seperti ini maka memori aku mula la mencari GMAH, TG. AZLINA, WAN KIM n CT..yang sentiasa memahami aku ILA n yang tahu semua hal aku LIN. FIY semuanya dah kawen xcept GMAH. Antara aku n GMAH tah sapa yang bakal jadi the last one. Tak kesah la…yang penting, org2 ni semua penuh dalam memori aku. Saat aku nak nangis, ada bahu..saat aku nak happy ada yang menunggu…saat aku nak merapu2 ada tempat dituju. Aku KANGEN SAMA KAMU.

Sekarang…apa yang perlu aku cakap? Apa yang perlu aku bual? Ada ke org yang kenal benar dgn aku? Yang bleh terima aku mcm sahabat2 aku tu? Yang boleh tahan perangai aku (tak mudah touching tp mudah baran). Sapa yang betul2 memahami aku mcm ILA? Sapa yang boleh duga aku mcm ILA? Sapa yang boleh tahan n ada disisi aku saat aku nak mengamok? Tengok aku mengamok, n tak takut tgk aku ngamok? none kecuali LIN. Kat KSKB…aku tak pernah mengamok mcm dulu..tak sepanas dulu. Tak sekasar dulu. Semua org kt KSKB ni tak pernah kenal sapa insan disebalik nama NSSY. Masa skolah aku baik..Cuma paling teruk gaduh ngan cikgu (nasib baik SPM aku best..) sian cikgu..tp aku masih penyumbang A utk cikgu tu sb aku tak pernah ponteng kelas.. Masa kat KMPP, gaduh ngan LELAKI FIZIK..Cuma tak kena tangkap. Masa kt UUM, penah kena gantung, kena maki, Cuma tak penah kena buang. Hahahaha.. Dan DISIPLIN adalah musuh aku. Tapi, bila aku jadi PALAPES, aku belajar cara untuk hormati DISIPLIN, memahami DISIPLIN dan berbangga dgn DISIPLIN DIRI. Aku jugak dah bosan jadi PELANGGAR DISIPLIN. So childish…
Tapi tu semua dulu…sekarang semua tu dah hilang dari diri aku. Aku dah brand new..Cuma aku masih SORANG DIRI (terlalu subjektif lah…). Itu pun masih ada saki baki perangai yg cuba aku kikis tuh. Kdg2 hampir terlepas lah…tp sekuat usaha dan daya aku, cuba tahan…tahan…dan terus tahan…n of coz I did it. I’m strong enough…


like hell...(>_<)

Assalamualaikum...

...dan ianya terus tersebar, jauh dari jangkaan...

Gosip...gosip...gosip...terbaru, aku dapat info dr jr.RED aku ttg hal yang tak ingin aku sebut kat sini. Hari ni saja aku dapat tahu, semakin ramai yang sedang put their eyes on me n my private personal life...keep on talking T I H S about me..do they really know me???? WTF....

Fuhh...aku tak nak rosakkan imej dan personaliti, kredibiliti serta kewibawaan blog aku dengan entry2 yang penuh dengan caci maki...but i'm soooo f*****g pissed off..herghhh...~~ 
I better stop la...i'll be more cool untuk entry yang lebih murni dan harmoni...done.


Tuesday, March 22, 2011

Yesss!!....

Assalamualaikum...


Yes untuk hari semalam, yes untuk hari ni dan seterusnya yes utk esoklah....yes jugak untuk aku, untuk org lain dan untuk semuanya....knp aku excited sgt neh?? Ye ke? tak ah...biasa je kot....Hari ni aku nak story mory pjg2 gitu...cover untuk 3 hr teruslah (cuti for exam pecah pala....hahaha)...


2 hari lepas......
Nothing pun happen...tp masih ada cite HOT lah...setelah sebulan lebih...i got a msg, asking for help. Tak mau panjang cita aku tolong la mana patut. tp aku rasa mcm agak terlewat la..sb sempat ke nak cover suma?? nvrmind..wait for the result lah..hope dia boleh la wat even dah last minit cam tuh...(hardly praying for it....ermm)..Then agak terkejut bila terserempak kt pasar mlm..bg anggur (my feveret) kt aku...(rasuah ke??...) Neway, thanks......Aku tau kwn2 aku tak setuju sgt aku tlg dia. tp tak pa...aku faham...kwn2 aku tu cuma tak nak aku ni terus-terusan membodohkan diri...aku faham, tp aku tak sampai hati...Biarlah, walau apa pun niat dia, aku cuma harap dia lulus ja...AKU DAH CUKUP PUAS HATI...tak sampai situ saja...tggu aku sambung utk hari ke3..


1 hari lepas (semalam la tuh..)
Aku exam...fuhhhh...NPDM insyallah..lepas, emergency...???hmm??? mestilah lepas....=), pastu aku dgr dari dia yang dia tak leh jawab untuk renal calculi..paper surgical...(wekk...sebok gak nk amek tau...wht de hal tah...). Sedikit rasa kecewa. Jangan salahkan aku sudaaa....aku dah pesan dari awal semester lagi dah...walaupun bunyi mcm aku membebel..aku tetap mengingatkan.


Okay...untuk 2 hari lepas tak dak sgt yg menariknya...sumanya biasa2 ja hal aku...masuk lah hari seterusnya...


hari ini....
Aku exam gak lagi. Paper last, paper Professional Practice IV. Alhamdulilah....semuanya dari ALLAH..next, wait for the gud result lah....AMIN...
Ok...hari ni jugak aku dgr dr mulut kwn aku bahawasanya ada mereka yang sedang mengambil tahu hal aku seadanya...wahahahahahah....sumtime, it is fun to knw dat sumone is talking about u behind ur back. kekeke...mean dat, ada yg sedang MENGHARGAI KEWUJUDAN  aku..(sarcasticnya aku..)..Awak..wlu sapa pun awak, thanks tau sb AMEK BERAT hal saya...mulut tempayan lagikan boleh ditudung, mulut insan..susah jugak lah adanya yg dihadapi..tp tak pe lah...dah lumrah..SAYA DOAKAN ALLAH MEMBERKATI AWAK...


Tapi sejujurnya, untuk tahu ada mereka yg sedang mengambil berat hal aku itu, adalah sesuatu yang sangat berharga jua adapun..walau pada hakikatnya perkara yang menjadi bualan tersebut adalh tidak sedap di halwa telinga ini. Cuma, apa yg boleh aku perkatakan adalah...ADA AKU KISAH?? hehe...sedikit kasarkah bunyinya?? tidak lah sangat....bukan ka?? Masih banyak lagi perkataan2 yg lebih kasar bunyinya..tp tidaklah tergamak jua untuk dibicarakan. Tak nak lah hidup aku menjadi sebuah tragedi plak kat sini nanti...


Hmmm...aku sedikit busan lak hari ni...rumate p jalan...org lain sibuk membalas dendam tido. Aku lak sibuk menghadap blog..memasukan entry terbaru...hahaha...busan kan hidup aku ni???...hhahahaha...iyo la tuh...mana da busan...aku okey jer...MAKINCERIA, MAKIN AWET MUDA....yesss!!!