Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Friday, March 11, 2011

Nyatakan Hakikat

Hampir 27 tahun aku hidup sebagai makhluk Allah di bumi yang fana ini. Apa yang ingin aku bicarakan bukanlah mengenai hukum hakam agama. Nyata aku tidak sehebat mana namun sekadar bekal untuk diri sendiri tidaklah pula aku kosong. Kiranya sebarang kemungkinan untuk aku penuhkan segala yang tidak lengkap di dada ini suatu hari nanti pasti akan berlaku, cuma bukan sekarang masanya. Aku sendiri sedang menanti dengan penuh kesungguhan untuk aku laksanakan cita-cita yang satu itu. Sempatkah aku untuk teruskan perjuangan murni itu, segalanya sudah tertulis. Hanya yang perlu aku risaukan adalah kesungguhan yang aku harapkan tidak kunjung padam hingga terpisah nyawa dari badan.
Sepanjang perjalanan ini, pena kehidupanku tidak pernah berhenti menari membariskan puisi, gurindam jiwa, cinta dan air mata. Tidaklah pula ia sebagai pemadam semangat aku untuk terus berjuang demi ALLAH. Dalam kerendahan diri, aku berteleku membicarakan soal hati dan perasaan aku padaNYA. Sungguh-sungguh, aku tidak pernah melupakan DIA. Khilafnya aku, seorang hamba yang tidak sedar di untung. Seringkali aku pekak kan telinga, aku butakan mata, cuba berdiri seperti benang yang basah, menutup segala yang batil..ALLAH….Ampunkan hamba yang hina. Tiadalah daya upayaku tanpaMU ya ALLAH.
Selembar demi selembar diari kehidupan aku penuhkan..tidak mampu aku memberhentikan waktu walau itu yang seringkali aku inginkan. Untuk aku ulangi, untuk aku tebus walau sekecil hama dosa yang telah aku lakukan. Bukanlah adanya aku cuba melawan takdir ALLAH. Adapun yang tersemat itu hanyalah angan-angan semata. Angan-angan yang tidak mungkin akan terlaksana biarpun runtuhnya langit ke tujuh. Seorang sahabat pernah berpesan dan menasihati aku tatkala aku benar-benar rasa tersungkur. Begini bunyinya…

kita bukannya lemah di antara manusia, cuma kita lemah dengan ALLAH, tak ada apa yang tak boleh kita buat, kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat, ketika ini kita kena sombong dengan diri kita....kita kena megah dengan diri kita, kita kena bangga dengan diri kita....bila saat ini kita turut down sama dengan kelemahan kita..kita akan rasa kita terhina, tersingkir, dah tak dak makna dalam hidup kita..kita akan rasa macam tu, sb tu bila kita down kita kena kuat untuk bangun. Kita punya hari dan waktu untuk teruskan perjalanan hidup, kita juga punyai masa yang panjang untuk kita mencari sesuatu, adakah kita nak terus dalam keadaan ini, sedangkan kita tahu kita perlukan sesuatu yang lebih baik??...”

Begitulah…sedangkan saat-saat yang sedang kita lalui kurang diberi penghargaan kerana seringkali kita merenung masa lepas. Tapi hakikatnya sukar untuk kita lakukan sesuatu yang sentiasa dibawahh minda sedar kita. Kita adalah insane menumpang atas dunia, bezanya cuma amalan kita.
Sekian.

0 comments: