Sekapur Sireh...

Thanks 4 spending time reading MY INNER SOUL..nothing much from me..hehe..sekadar tempat meluah rasa..(but action still speak louder than words..)
MY INNER SOUL...semoga ada yang sudi memahami..


PENGINTAI LAMAN

Friday, March 11, 2011

Nyatakan Hakikat

Hampir 27 tahun aku hidup sebagai makhluk Allah di bumi yang fana ini. Apa yang ingin aku bicarakan bukanlah mengenai hukum hakam agama. Nyata aku tidak sehebat mana namun sekadar bekal untuk diri sendiri tidaklah pula aku kosong. Kiranya sebarang kemungkinan untuk aku penuhkan segala yang tidak lengkap di dada ini suatu hari nanti pasti akan berlaku, cuma bukan sekarang masanya. Aku sendiri sedang menanti dengan penuh kesungguhan untuk aku laksanakan cita-cita yang satu itu. Sempatkah aku untuk teruskan perjuangan murni itu, segalanya sudah tertulis. Hanya yang perlu aku risaukan adalah kesungguhan yang aku harapkan tidak kunjung padam hingga terpisah nyawa dari badan.
Sepanjang perjalanan ini, pena kehidupanku tidak pernah berhenti menari membariskan puisi, gurindam jiwa, cinta dan air mata. Tidaklah pula ia sebagai pemadam semangat aku untuk terus berjuang demi ALLAH. Dalam kerendahan diri, aku berteleku membicarakan soal hati dan perasaan aku padaNYA. Sungguh-sungguh, aku tidak pernah melupakan DIA. Khilafnya aku, seorang hamba yang tidak sedar di untung. Seringkali aku pekak kan telinga, aku butakan mata, cuba berdiri seperti benang yang basah, menutup segala yang batil..ALLAH….Ampunkan hamba yang hina. Tiadalah daya upayaku tanpaMU ya ALLAH.
Selembar demi selembar diari kehidupan aku penuhkan..tidak mampu aku memberhentikan waktu walau itu yang seringkali aku inginkan. Untuk aku ulangi, untuk aku tebus walau sekecil hama dosa yang telah aku lakukan. Bukanlah adanya aku cuba melawan takdir ALLAH. Adapun yang tersemat itu hanyalah angan-angan semata. Angan-angan yang tidak mungkin akan terlaksana biarpun runtuhnya langit ke tujuh. Seorang sahabat pernah berpesan dan menasihati aku tatkala aku benar-benar rasa tersungkur. Begini bunyinya…

kita bukannya lemah di antara manusia, cuma kita lemah dengan ALLAH, tak ada apa yang tak boleh kita buat, kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat, ketika ini kita kena sombong dengan diri kita....kita kena megah dengan diri kita, kita kena bangga dengan diri kita....bila saat ini kita turut down sama dengan kelemahan kita..kita akan rasa kita terhina, tersingkir, dah tak dak makna dalam hidup kita..kita akan rasa macam tu, sb tu bila kita down kita kena kuat untuk bangun. Kita punya hari dan waktu untuk teruskan perjalanan hidup, kita juga punyai masa yang panjang untuk kita mencari sesuatu, adakah kita nak terus dalam keadaan ini, sedangkan kita tahu kita perlukan sesuatu yang lebih baik??...”

Begitulah…sedangkan saat-saat yang sedang kita lalui kurang diberi penghargaan kerana seringkali kita merenung masa lepas. Tapi hakikatnya sukar untuk kita lakukan sesuatu yang sentiasa dibawahh minda sedar kita. Kita adalah insane menumpang atas dunia, bezanya cuma amalan kita.
Sekian.

Monday, March 7, 2011

TAGLINE...(^_^)

Assalamualaikum...

Hehehe...aku p bayar saman kat pej. polis caw trafik hr ni. Saman tak pakai helmet terbang rm30...aduss...tah tahun tok nadok mana tah aku nek motor tak pakai helmet. Pakcik polis tu cakap 2005. aku malas cakap banyak..tp aku tersebut satu tagline kat pakcik polis tu secara tak sengaja..LIHATLAH DUNIA...hakhakhak...seb baik pakcik tu tak paham n tak marah..(kecut gak dia ngamok.ckp aku kuajaqq..)

Sebutlah hal tagline ni...aku, si tomok n si panjang baru2 ni sibuk mempromosi serta mengaplikasikan tagline2 artis tertentu yg agak best ar...kekekeke. bukan apa, hati terusik untuk menurut. tapi agak menggembirakan lah..(cehh..poyos gilos..) AAK? kekekek..

Macam mana la agaknya bila aku dah keja nanti? Ada tak lagi adik2 yang mengiburkan macam skang ni? (wahahaha...tah pape)...eh...aku nak blah dah ni...jumpa lagi k. daaaaaaa

Sunday, March 6, 2011

just for u...hakhak

Assalamualaikum...

Aku terlepak lak kat cc ni seorang diri melayan blog ni...hehe...saja keluaq sorg2 nak beli2 apa yang patut sebelum aku balikKL lagi esok lusa. Hmmm...penat tunggu bas semalam pun tak hilang lagi aku dah jalan2 lak hari ni...nampaknya balik nanti terbongkang kaku la aku deoan TV...hahahaha...

Hmmm...bila aku balik kg ni terasa lain sangat dengan aku hidup kat bandar nun..Bila ja aku jejak kaki kat rumah, terus aku terasa tanggungjawab yang tergalas kat bahu aku ni. Dont get me wrong k. BUkan mengeluh..cuma nak cakap perbezaan kehidupan yang aku alami ni ha..BIla aku kat kolej semuanya terasa sama. maklumlah aku hidup dan berhabitat dengan orang2 muda..(kawan2 aku cakap aku org tua..cehh). Bukannya tak sedar aku dah tua..tapi adakala sedikit lalai la dengan usia aku ni...(wekk..btoi ka?) Ntah la...malas lak nak pk kadang2.

Senang2 hidup aku sensorang ni aku susah jugak...kenpa? Ye lah...aku nak survive sorg2 secara WANITA...hahahahah...wanita sangat!! (kata kawan aku la..). Aku mmg la wanita pun. Cuma aku rasa sedikit terhad dan terbatas lah..MAklumlah...wanita. (^_^). Dulu masa muda aku tak la heran sangat nak jalan sorg2. tapi bila aku rasa tenaga aku yang terbatas ni, aku rasa takut jugaklah nak jalan sorg2. bukan takut hantu..tapi takut MANUSIA la...huhu..lagi ngeri dari hantu kot. 

Aku ni jugak kadang2 tak habis2 dengan merepek meraban. Suka bercakap. Sejak bila?? Sejak aku ceburi bidang perawat ni la...kena bagi pendidikan kesihatan..maka kena la banyak cakap...maka jugak lagi, aku pun secara semulajadinya telah terlatih dengan mulut yang suka membebel..Ramai org tak senang...bukan aku tak sedar. Aku mintak maaf la..Bukan sengaja pun. mulut ni automatik dah. Sorry la....(sob..sob..sedih terkenang dulu2..hakhak gedix amat..)..dah la kot...nak start merepek la ni...adoiyaiiiii. Blah la..






Friday, March 4, 2011

Senyuman saya...sebuah persoalan.

Assalamualaikum...


Dah lama sangat aku tak menulis dalam bahasa. rindunya aku untuk berbahasa. Tapi aku tak cukup masa untuk mengarang dalam bahasa yanng betul. Mmmm...nantilah ye...


Hari ni aku nak cerita lagi...(asik2 cita aku kan..ater...dah blog aku...hahaha)..Aku keluaq lagi tadi...asik keluaq ja..(banyak duit??huhu..) Tapi tak pe la kan..asalkan aku sedikit hepi dalam sedih2 ni..(sedih lagi??...tak nak dgr...tutup telinga..~~)
Aku dapat satu ayat semalam..hahaha..."sekadar satu senyuman pun dah cukup dah..." (nak cakap aku miang la tu...lantak ler..)..so terima kasih la sebab buatkan aku ukir sebuah senyuman. At least aku rasa seronok bila tersenyum...Malam ni sebenarnya aku nak mengarang lagi sebuah ILHAM hati. Cuma tak sampai mood. 

Saat senyum terlakar..
Hati menafi sebuah duka
Tapi untuk siapa?
Masihkah mekar memerah luka lama
sedang Dia melimpah seribu rahmah?
Atau sekadar rasa yang cuba singgah?

Ketika hujan mencurah
Aku menadah, berdoa
Jadilah lautan yang melimpah
Masinnya tidak berubah
Dari jauh tetap indah....

Aku senyum....
mengintai naluri yang menata bahagia...
menjengok sanubari yang mengolah sebuah rahsia
dengan ingatan tersemat didada
Antara KITA....ada DIA.


Nur Bahtera

Sebuah lagi ILHAMKU...saat2 hati cuba menyembunyi rahasia..hehehehe...Esok nak balik kg tau..Daaaa..

Wednesday, March 2, 2011

sweet but no sweat lah...

Assalamualaikum...

Wah..wah..wah...serasa baru kelmarin aku terjatuh sebab kamu...namun hari ini aku mampu untuk bangun sendiri tanpa Kamu. Kamu tahu tak?? Tak pe lah..not a big deal pun..Aku kembali happy kot...
Lagi seratus hari lebih untuk aku angkat kaki dari sini. Yea haaa...so aku kena enjoy sikit lah sebelum aku berangkat pergi.. Hari tu aku p OU jalan2 makan2..makan yang manis so kenangan pun manis...
yummy...sedap kan...mkn dgn si panjang, si tomok n si rumate..satu untuk semua..
Sayang la sebab tak amek pic tengah makan tu..sweet giler..macam makan roti canai..hummm..tak leh lupa la..thanks guys..u olls mmg rock my world la....mmuah..muahh..mmuahh...=)

Semalam....
Aku sendiri merenung sepi sebuah sunyi...
Melarik kanvas luka
cuba memalit warna pada cerita duka
cacat coraknya tetap cela

Terduduk...
sukma menjerit galak
warwarkan pada jiwa..
Aku punyai Mereka..
Yang sentiasa melantun bahasa kata
membakar nyali sukma yang kian padam
Itulah Mereka..
cuba mencipta indah sebuah irama ILHAMKU..
seiring Aku orak langkah..
sebuah arca SAFINAH...

Teristimewa buat kalian di sisi...terima kasih so much!!

 Itulah kiranya yang terlekar di jiwa saat ni...tiada yang mampu membalas kecuali DIA.Strive for success..yak..yak..Daaaaaaaa for now.

Saturday, February 26, 2011

Kenapa wat mcm tu???

assalamualaikum...

adoi....tau tak aku sakit hati? Bukan sekadar emo...aku kecik hati. FAHAM KE? Tak faham tak pe la..aku tak paksa pun untuk faham aku. Aku tau ada jugak yg tak senang dengan emo2 ni. dan aku tak kesah pun...sikit pun lah...gurau? hmmm...tu la...aku tau gurau tapi......
Aku sedih la...knp wat mcm tu kat aku? Tak pe lah...aku janji tak kan tumpang gembira dah. biarlah nak cakap aku emo pun. selama ni aku ada aku emo? tak kot kan...jadi kali ni aku betol2 kecik hati la. Jangan la tanya aku knp...aku tak tau...aku sedih..sgt2..tau kan aku simpan n pendam semua ni lama dah...aku ingat....tapi.........adoi kawan............maafkan aku la...Nama aku SAFINAH.

Friday, February 25, 2011

Cerita Jiwa Saya

Assalamualaikum...

Ibarat bayu yang membuai rasa, 
membelai nurani seorang Aku. 

Aku sediakala kembali tersedar, 
seakan baru bangkit dari sebuah mimpi yang ngeri. 
sunyi...kelam ibarat malam tanpa bintang, 
...dan sedikit tempias cahaya rembulan juga makin pudar hilang.

Akal yang tersonsong, terhalang.
menjebak Aku di daerah keliru yang dalam 
terperangkap, terpenjara..
dalam erti sebuah janji...
jeriji kekosongan.

Ketika Aku terpinga, 
sukma makin terhinjak..
meronta, memaksa supaya nafsu bertindak bijak..

Ya...aku kembali merangkak..
cuba juga kembali mencongak
dalam pentas kehidupan sebuah corak abstrak..

NUR BAHTERA

Lalalalalalalala...aku tau ada yang akan gelak atau sedang gelak bila terbaca apa yang aku karangkan ni..tapi to be honest, it's a pleasure to know that my ILHAMKU is being readed by sumone. Thanks U all...Love u muah..muah..muah..(^_^)..

Currently, i'm thingking of sumtin' for u guys...my dearest frens..wait for my next post k..speacially dedicated to all of u...sapa? jeng...jeng...jeng...dalam post aku yang akan datang aku akan sebut nama2 org dalam kehidupan 'semasa' aku tika ni..Tak yah nak kata aku poyo k..hak aku kot nak tulis apa pun kat sini. Macam BFF aku selalu cakap dlm blog dia...btol tak La? Hahahahaha...love u La.

Thursday, February 24, 2011

Egonya Safinah ni...

Assalamualaikum…

Aku rasa serabut sangat mlm ni…(sebenarnya tak la sangat..tp aku yg paksa diri jd serabut.) Aku ni ada satu perasaan ego yang aku bina untuk tipu diri sendiri bahawa aku tak sedih.  Ego tu agak kuat la dan berjaya membuat luaran aku tampah tak sedih dan jugak Berjaya tipu dalaman aku skit2. Hahahah,,ada jugak kawan2 yang mempersendakan perasaan aku ni…tapi aku tau tu semua gurauan. Untuk makluman, kadang2 aku sedikit terasa hati. Touching la sangat…kuang3…(Mampos kena gelak pasni..). Adoiiiiiiiii….Ye la aku dah tua….
Ni antara dialog2 yang sering berkumandang bila aku melawan kesedihan.

ROUND 1 (sebelum time tidoq)

AngelMe: Kenapa sedih ni? Jangan la sedih2…tak best la…
DevilMe: Habis nak soh aku wat mcm mana? Aku pun manusia jugak..arghhh…bosan ah…
AngelMe: Astaghfirullahhal’azim….sabar la…jgn layan sangat…setan semua tu…Ingat Allah banyak2.
DevilMe: Nak dengar lagu LP la…hilang sikit stress
AngelMe: Tengok tu…dah tau lagu2 mcm tu tak bagus nak jugak dengar…simpan jugak lam lappy ni…nasyid kan ada…biar tenang sikit jiwa tu..buka surah alquran..dengar la…
DevilMe: Ala…dgr la LP dulu…pastu br dengar nasyid tu suma…

END OF ROUND 1
The winner is DevilMe…maka aku pun dengarlah lagu2 kegemaran aku by Linkin Park saat2 aku berduka lara…cehh…kunun hilang stress..pigi rah…

ROUND 2 (masa nak tidoq)
DevilMe: Kenapa dia sanggup wat aku mcm ni?
AngelMe: tgk…dah mula la tu…
DevilMe: aku nak sangat dia rasa semua yang dia wat kat aku..biar dia tau..
AngelMe: nak berdendam ka?...sampai bila? Dapat apa dendam mcm tu?
DevilMe: mmg aku dendam..aku nak sangat balas semuanya..nak dia sakit hati..
AngelMe: Cuba  mengucap banyak2…hish…dah hilang arah…dah buta ka mata hati tu? Jangan ikut marah tu..sedar diri sikit. Lawan la…
DevilMe: Aku bosan asyik kena lawan semua ni…aku sedih…aku tension..serabut..hati aku terluka…aku kecewa..ada org pk aku? Sapa yg pk ttg aku?
Aku pun menangis….menangis…menangis…sampai bengkak mata…(alasan: aku kan pempuan…huhu)
AngelMe: Sabarlah…sabarlah…sabarlah….Allah tak kan sia2kan ketabahan insan…yakin la dengan janji Allah…syukurlah ni baru sikit..tak besar mana pun ujian ni…tak kan nak mengalah…takpelah…nangis la….hilangkan semua sedih tu…
Aku teruskan menangis….lepas tu aku bangun p amek wuduk..solat sunat hajat…tenangkan hati…dan aku mintak sungguh2 dengan Allah, agar aku dapat pejam mata dengan tenang dan dapat tidur yang nyenyak…

END OF ROUND 2
AngelMe is the winner at last…(but not least)…dan waktu ni muka jam dah menunjukkan hampir sepertiga malam hidup aku berlalu dengan PEPERANGAN DALAMAN. Aku lelap pukul 3 lebih before dawn..

INi memang betol2…bukan rekaan atau cobaan…ini yang aku hadapi setiap malam…(simtom depression)..berperang dan cuba untuk menang…dalam kedua-dua pihak..dan tugas ego aku adalah bila aku bangun esok pagi aku dah lupa sekejap semua tu..Damn…

Wednesday, February 23, 2011

What de hal??

Assalamualaikum...


Hari ni aku terasa sedikit emosi. Kenapa? mungkin kerana aku terlalu memikirkan. Aku terasa seperti ada yang tidak menyenangi kehadiran dan kewujudan aku di situ. Kenapa ya? Mungkin ada kesalahan yang aku tidak sedari. Niat aku nak berkongsi, nak kepastian tapi aku batalkan niat tu. Tak sedap lah pulak kiranya aku terusan memaksa org lain untuk bersusah2 kerana masalah emosi aku yang tak stabil ni...Adeiii...susah jugak lah...


Hmmm...Alhamdulilah...sepanjang2 aku bekerja semester ni semuanya lancar dan baik2 belaka. Sungguhpun begitu aku tidaklah berharap sesuatu yang tak baik juga..Nak2 dah sem last..lagi la dimnta jauh semua perkara yang melintang jalan aku. Insyallah...sebarang aral dari ALLAH jua dan kepada ALLAH jua aku berserah diri.


Alhamdulilah jugalah dan aku ucapkan tahniah kepada HATI aku kerana masih berjaya mengekalkan tahap pain score kepada '0' Terima kasih ALLAH kerana menganugerahkan aku rakan2 di saat2 ni..begitupun...tinggi jugalah pain treshold aku..kerana walau bleeding dgn fresh blood aku masih tak sakit. Syukur yang teramat...


Ok lah...nak out dulu...semoga ILHAMKU lebih berirama malam esok...

Tuesday, February 22, 2011

Adehh...huhu...


Assalamualaikum…
Aduuuuuuuui..Hati ni sakit. Tertikam, tertusuk, robek.. hancur.. remuk redam tak terkira. Susah betol nak kawal sedangkan semuanya ada pada diri aku sendiri. Aku cuba seupaya mungkin ni. Wahwah wah..bukan main kuat lagi perasaan sedih ni nak merajai hati aku…dush…dush…tumbuk kuat2..biar terbang jauh..
Hati o hati…diam2 lah kau.
Hari ini biarlah duka melara,
Esok2 kita ketawa lagi…
Hati  o hati…senyap2 lah kau.
Hari ini kau menangis hiba,
Esok2 kita pasti bahagia…
Hati o hati kupujuk kurayu
Hadirkan senyummu..
Utuskan gembiramu
Walau sembilu menusuk kalbu.
Kerna kau dan aku…kita SATU.

Hmmmm….hati yang melankolia mula berdendang lagi…membaris bait-bait kata yang terbit tiba-tiba tanpa dipinta.. Sedang ayik berdendang, bersama sebuah rasa yang menerajang segenap pelusuk hati. Dull pain..ahaks..tiba2 terkeluar bahasa medic…K la tu kan?? hahahaha....